20 April 2015

Menarik perhatian untuk belajar

Dari peti soalan ‪#‎sukamengaji‬ :

Assalamualaikum puan. Semoga puan dirahmati Allah dan dimudahkan urusan2 insyaAllah. Saya ada soalan tentang mengajar anak-anak/pelajar mengaji. Memandangkan sy mengajar kafa dan ada subjek tilawah, sy dapati anak2 didik sy sebahagiannya tidak begitu pandai membaca ayat2 dari surah surah juz amma. mereka berumur 10 tahun.Bagaimana lagi cara menarik perhatian mereka yang suka bermain utk membaca alquran?


Perkongsian :

Ada beberapa perkara yg perlu dijadikan asas ketika berhadapan dengan anak/pelajar sekitar umur 8,9,10,11,12 tahun. Lebih lebih lagi lelaki.

1. Tidak mahir membaca juzuk amma.

Samada pelajar tidak tahu atau belum mahir mengaji apa jua surah/ayat, ajarkan saja apa yg seharusnya
mereka perlu belajar.

Perlu diingat bahawa ada perbezaan belajar sambil bermain ketika kita bersama anak pelajar berumur di bawah 6 tahun dengan mereka yg berumur di atas 7 tahun.
Dan berlainan pula bagi yg berumur atas 14 tahun. Baginda Nabi s.a.w. sudah menggariskan tahap mendidik anak dan layanan mengikut 4 peringkat umur anak.

07 April 2015

Asas membaca VS Kaedah Cepat Membaca.



Dari peti soalan ‪#‎sukamengaji‬ :

Assalamualaikum Puan Khadijah. Boleh saya tahu, kad imbas masih available tak ya? Ebook Puan masih ada diskaun tak?
Satu lagi soalan saya, berdasarkan apa yang saya baca dri ilmu yang Puan tulis, kita perlu ajar huruf tunggal terlebih dahulu kepada anak. Tapi kalau ikut kaedah Al Furqan, terus ajar huruf yang berbaris.. boleh Puan tolong terangkan kepentingan kita kenalkan huruf tunggal terlebih dahulu? Seperti yang Puan katakan juga, kita perlu bezakan antara huruf jawi dan huruf Al Quran..
Mohon Puan terangkan dan saya yakin ramai diluar sana juga ingin tahu.
Saya mula terfikir sebab saya guna kaedah Al Furqan. VCD lagunya juga huruf disamakan dengan Bahasa Melayu bukan Arab. Confuse juga saya apa saya perlu buat sekarang..
Syukur Allah temukan saya dengan Puan Khadijah..
Ebook Puan ada menerangkan tentang kaedah mengajar anak tak ya? Mengenai KIK, ya saya berminat untuk amik satu set (pakej)
Terima kasih Puan.

Jawapan :





Wa 'alaikumussalam puan. Maafkan saya kerana soalan ini terperap sangat lama.

Mengenai kad imbas, bila-bila puan mahu beli pun tak mengapa.

Jawi VS Hijaiyyah.

Ya, saya sangat menekankan bahawa asas pengajaran dan pembelajaran al-Quran haruslah dimulakan dengan huruf tunggal. Huruf tunggal bagi hijaiyyah pula sebaiknya diperkenalkan melalui perkataan Bahasa Arab BUKAN Bahasa Melayu (Jawi). KIK menggunapakai kesamaan bentuk dan ciri huruf serta cara membunyikan huruf.

Bermaksud, jika tidak menggunapakai KIK pun tak mengapa, boleh mula memperkenalkan huruf tunggal kepada anak kecil menggunapakai huruf awal yang diwakili dengan Bahasa Arab.

Mengapa huruf tunggal dahulu bukan huruf yang berbaris?

15 Januari 2015

Carilah bekalan yang kekal



Anak-anak usrah saya adalah golongan yg terpilih. Mungkin mereka corot di mata orang lain namun, tidak corot di mata saya.

Dalam usia begini mereka adalah golongan mudah memberontak dan susah untuk masuk ke dalam dunia orang dewasa.

Saya tidak pasti bagaimana mereka sangat mencintai Usrah Cik Jah. Setiap malam meminta untuk adakan usrah. Sungguh, Hidayah dan Taufiq Allah tidak boleh dinilai pada mata kasar manusia.

Usrah Cik Jah pada malam kelmarin sudah habis membaca tafsiran Surah An-Naba'. Setahun yg lalu, Usrah Cik Jah sudah hampir habis keseluruhan bacaan dan kupasan mengenai Hadith 40. Tahun ini, saja Cik Jah mahu memberikan suntikan yg baharu. Seorang demi seorang membacakan satu ayat serta terjemahannya. Bergilir-gilir.. Satu malam (usrah) hanya 10 ayat.

"Apa yg boleh diingat daripada 20 ayat sebelum ini daripada 2 kali usrah kita yg lepas-lepas? Cik Jah nak satu perkataan je. Apa yg kamu boleh ingat?"

"Macam ilusi.. Alah, apa tu namanya??"

"Cuba cari dalam al-Quran, apa nama dia?"

"Ha! Fatamorgana."

"Bagus! Lagi?"

"Malam seperti pakaian. Malam waktu untuk berehat."

"Betu! Lagi?"

"Orang bergaduh tentang hari kiamat"

14 Januari 2015

Kad Imbas Khadijah dalam proses cetakan ke-3


Jika masih ingat lagi 1 kisah yang pernah saya kongsikan mengenai seorang anak mengaji yang sering dipanggil 'bodoh' satu masa dahulu.

Dekat setahun juga rasanya mereka tidak mengaji. Saya berhenti mengajar buat seketika. Saya baru saja mengajar semula sejak cuti sekolah yang lalu. Semalam, anak tersebut datang mengaji semula membuatkan saya sebak.

Kali terakhir saya mengajarnya menggunakan Kad Imbas Khadijah bersama anak-anak kecil yang lain kerana kroniknya dia untuk mengingat semua huruf hijaiyyah apalagi baris asas. Ketika itu usianya 7 tahun. Mendapatkan perhatian daripadanya amat payah. Hanya apabila saya mengeluarkan kad imbas ini barulah dia mahu duduk.

Hari ini, dia dapat membaca Iqra' 2 dengan sangat laju! Terkejut sebenarnya. Apabila ditanya, katanya sepanjang cik jah tak mengajar, dia tidak mengaji langsung. Tapi, bagaimana dia boleh mengingat?
Katanya dia dapat ingat pakai gambar yang cik jah ajar.

Subhanallah!

05 Disember 2014

Mengapa kita perlu mengaji dan suka untuk belajar mengaji?


Selalu saya bertanyakan soalan ini kepada anak saya Fathi (5 tahun).

Tujuannya supaya saya mahu dia tahu mengapa perlu mengaji. Saya tidak mahu dia mengaji kerana terpaksa atau rasa dipaksa oleh saya atau sesiapapun. Ikhlas itu penting dengan kefahaman.

"Sebab.... Tak tahu!" Jawabnya.

"Abang suka mengaji harini sebab tak lama lagi abang nak mengaji al-Quran besar macam mak. Abang kan suka tengok mak mengaji al-Quran besar kan? Bila abang suka mengaji maknanya abang rajin mengaji. Bila abang rajin mengaji maknanya sekejap lagi abang dah boleh mengaji al-Quran besar. Abang tahu tak ada apa kat dalam al-Quran besar tu?"

"Entahlah. Abang pun tengah fikir ni."

"Dalam al-Quran besar tu ada surat dari Allah. Bila kita sedih ke, susah hati, atau kita tak tahu nak buat apa dalam hidup kita, kita mesti baca apa yang Allah tuliskan buat kita. Sebab Allah je Tahu dan boleh tunjukkan jalan keluarnya. Abang nak tak baca surat dari Allah? Allah tulis apa untuk abang, untuk mak, untuk semua orang?"

"Nak! Nak! Ok.. Jadi sekarang ni abang akan fokusssss pada apa yang abang mengaji. Abang nak terus fokus supaya boleh mengaji al-Quran besar macam mak. Baiklah, mulai harini abang akan fokusss!"

*Angguk-angguk kepala sambil dahi berkerut*
Memang sekarang ini Fathi dan Fatihah asyik menyebut perkataan FOKUS ketika sebelum mula mengaji atau sebelum melakukan apa jua perkara yang dirasakannya memerlukan usaha yang berganda. Hehe..

Iklan : Bersama-sama kita FOKUS terhadap apa yang kita mahu lakukan dalam hidup ini sebelum bintang dan matahari bertembung antara satu sama lain, sebelum air laut melimpah menelenggami bumi dan segenap makhluk yang mendiami.


Asma' al-Husna


Asma' al-Husna.
Baru-baru ini, setiap pagi selepas tamat rancangan Tanyalah Ustaz TV9, (sebelum lagu UTC berkumandang dan sebelum mula rancangan Adik Tanyalah Ustaz), akan keluar lagu Asma' al-Husna yang dinyanyikan oleh peserta-peserta Da'ie TV3. (Saya tidak menonton rancangan ini tapi ambil tahu serba sedikit mengenainya).
Ianya satu usaha yang harus dipuji. Alhamdulillah, ada perubahan. Saya sokong.
Saya akan mengikuti nyanyian mereka. Tetapi hampa.... Sangat hampa dan kecewa. Mengapa?
Saya teringat seorang jiran datang ke rumah di satu petang semata-mata untuk bertanyakan satu perkara yang sangat bagus dan ianya sangat penting!
Kata beliau, "Akak selalu ikut nyanyian Asma' al-Husna dalam radio (rancangan tv semasa itu tiada satupun yang ada). Dalam masa yang sama akak lihat juga senarai nama-nama Allah dalam kertas ni. Tapi, akak peliklah kenapa Ahad ni diorang tak sebut ek? Dah banyak kali dengar semula pun masih sama. Diorang tak sebut pun." (sambil membulatkan perkataan tersebut besar-besar)!
Saya tersenyum... "Bagusnya akak! Kagum saya dengan akak. Alhamdulillah, akak ni jenis yang prihatin. Suka buat "homework" walaupun dalam satu lagu..Hehe.. Bagus tu kak! Masa saya di sekolah dulu, saya pun menyanyi macam mereka kak. Main ikut saja. Tapi, bila saya masuk UIA, barulah saya tahu yang selama ini saya nyanyi Asma' al-Husna ni tak cukup 99 nama.. Barulah nyanyian tu diperbetulkan supaya masukkan "Ahadu" tu."
"Habis, macamana yang selama ni kita nyanyi tu tak cukup 99 nama? Radio, sekolah semua nyanyi tertinggal 1 nama tu."
"Tak apalah kak. Kalau kita tak tahu tak apa-apa. Bila dah tahu kena sebutlah jangan tinggalkan lagi. Itulah.. Saya harap sangat rancangan tv ke radio ke pihak sekolah ke tadika ke mana-mana sekalipun dapatlah tahu info ni satu masa nanti. Nak tegur direct pun kita bukan kenal pun siapa-siapa yang kat atas tu. Mudah-mudahanlah kak.. Kita doalah sama-sama.."
Inilah menjadi harapan saya daripada dulu. Berharap orang yang lebih arif dan alim akan menegur dan memperbetulkan situasi ini. Siapalah saya. Saya dapat tahu pun daripada orang lain yang lebih berilmu.
Tertinggal perkataan "Al-Ahad" selepas Al-Wahid dan sebelum As-Somad dalam nyanyian Asma' al-Husna amat menyedihkan hati saya.
Marilah kita sama-sama cuba mengubah nyanyian tersebut. Ia sudah cantik apabila dapat kita amalkan ke atas anak kecil apalagi pada setiap hari di Tadika atau sekolah.
Namun, mohon recheck semula dan amalkanlah apa yang sepatutnya. Insha Allah.
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa-biasa. Tak semestinya yang biasa itu betul.
Ma'attaufiq wannajah.
Like ·  ·