Mengapa kita perlu mengaji dan suka untuk belajar mengaji?


Selalu saya bertanyakan soalan ini kepada anak saya Fathi (5 tahun).

Tujuannya supaya saya mahu dia tahu mengapa perlu mengaji. Saya tidak mahu dia mengaji kerana terpaksa atau rasa dipaksa oleh saya atau sesiapapun. Ikhlas itu penting dengan kefahaman.

"Sebab.... Tak tahu!" Jawabnya.

"Abang suka mengaji harini sebab tak lama lagi abang nak mengaji al-Quran besar macam mak. Abang kan suka tengok mak mengaji al-Quran besar kan? Bila abang suka mengaji maknanya abang rajin mengaji. Bila abang rajin mengaji maknanya sekejap lagi abang dah boleh mengaji al-Quran besar. Abang tahu tak ada apa kat dalam al-Quran besar tu?"

"Entahlah. Abang pun tengah fikir ni."

"Dalam al-Quran besar tu ada surat dari Allah. Bila kita sedih ke, susah hati, atau kita tak tahu nak buat apa dalam hidup kita, kita mesti baca apa yang Allah tuliskan buat kita. Sebab Allah je Tahu dan boleh tunjukkan jalan keluarnya. Abang nak tak baca surat dari Allah? Allah tulis apa untuk abang, untuk mak, untuk semua orang?"

"Nak! Nak! Ok.. Jadi sekarang ni abang akan fokusssss pada apa yang abang mengaji. Abang nak terus fokus supaya boleh mengaji al-Quran besar macam mak. Baiklah, mulai harini abang akan fokusss!"

*Angguk-angguk kepala sambil dahi berkerut*
Memang sekarang ini Fathi dan Fatihah asyik menyebut perkataan FOKUS ketika sebelum mula mengaji atau sebelum melakukan apa jua perkara yang dirasakannya memerlukan usaha yang berganda. Hehe..

Iklan : Bersama-sama kita FOKUS terhadap apa yang kita mahu lakukan dalam hidup ini sebelum bintang dan matahari bertembung antara satu sama lain, sebelum air laut melimpah menelenggami bumi dan segenap makhluk yang mendiami.


Ulasan

Catatan Popular