Hijaiyyah vs Jawi.


Seperti biasa pulang dari tadika, saya akan bertanya kepada Fathi (masuk 5 tahun) apa yg dipelajarinya di sekolah tadi?

Fathi jawab, "Cikgu ajar Alif." (sambil tapak tangan berada depan mulut dan mengulanginya semula). "Alif... fff... Mesti tiup kat tangan cikgu kata."

"Oh, bagus cikgu dah ajar Alif Ba Ta.. Lagi?" (Walaupun Fathi dah lama kenal huruf tapi ini adalah cara baru membunyikan huruf yg dipelajarinya. Bagus!)

"Alif untuk awan. Ba untuk buku."

"Oh, bagus Fathi ingat cikgu ajar! Tapi, tu macam bukan Alif Ba Ta je. Tu macam Jawi je?"

"Cikgu ajar Alif Ba Ta lah mak. Cikgu ajar macamni Alif Ba Ta Tha Jim Ha Kho Dal Zal Ro Zay Sin SHin Sod Dhot To Zho Ain Ghain Fa Qof Kaf Lam Mim Nun Waw Ha Lam-alif Hamza Ya. Ha, gitu. Takde huruf Nya pun! Jadi bukan Jawilah mak.."

Erk! Betul juga.. Huhu..

--------------------------------------

Betul apa yg dikatakan Fathi apabila dia belajar tiada huruf Nya bermaksud itu bukan Jawi. Bermakna dia sudah memahami yg mana satu huruf Jawi mana satu bukan. Namun, inilah yg saya takuti. Dia hanya baru selesai belajar sampai huruf Ba.


Apa yg saya takuti nanti Tha akan dikenali sebagai apa pula? Dan Dzal sebagai apa?

Tha dan Dzal mempunyai cara sebutan dan makhraj huruf yg berlainan. Ia tiada dalam Bahasa Melayu. Cara sebutannya adalah lembut dengan meletakkan hujung lidah ke atas hujung gigi atas hadapan. Atau dengan cara mudah saya gemar menyebutnya sebagai "gigit lidah" dan sebut Tha.

Tha tidak boleh diwakili melalui Bahasa Melayu. Begitu juga Dzal.

Saya sangat terganggu apabila terpaksa membeli poster belajar anak-anak yg mempunyai huruf tunggal dalam bentuk Jawi. Tha ditulis sebagai Sa dan diperkenalkan sebagai mewakili Salji. Jika Tha (titik tiga) ia sepatutnya disebut Thalji.

Tuan/Puan kenal Thalji?

Inilah yg menjadi kekeliruan anak-anak yg mengaji hari ini. Begitu juga kebanyakan ibubapa. Apabila melihat yg Jawi dan Hijaiyyah itu adalah perkara yg sama.

Huruf hijaiyyah adalah Huruf asas di dalam Al-Quran. Ia adalah Bahasa Arab. Dan huruf tulisan Arab.

Manakala, Jawi adalah Bahasa Melayu yg meminjam tulisan Arab. Dengan penambahan 6 huruf lagi bagi melengkapkan bunyi yg wujud dalam Bahasa Melayu. 6 huruf ini tidak ada di dalam Al-Quran jauh sekali boleh disebut dalam Bahasa Arab.

Mengaji seterusnya membaca Al-Quran itu sebenarnya mempelajari Bahasa Arab. BUKAN mengenai Bahasa Melayu.

Jadi, bagaimana kita boleh mengajarkan huruf Bahasa Arab dengan mewakilkan huruf tersebut melalui Bahasa Melayu?

Makhrajnya berbeza. Maknanya pun sudah jauh berbeza.

Jika huruf Hijaiyyah diajar dengan mewakilkan perkataan Bahasa Arab sendiri itulah yg terbaik. Tha untuk Tha'bun. Tepat! Atau melalui apa saja cara / kaedahnya asalkan ia tidak boleh diwakili melalui Bahasa Melayu.

Namun begitu, mengambilkira faktor kebanyakan orang Melayu tidak kenal langsung dengan Bahasa Arab, saya mengambil pendekatan yg bersederhana.

Iaitu memperkenalkan huruf Hijaiyyah berdasarkan bentuk/ciri huruf itu sendiri melalui Bahasa Ibunda yg boleh difahami anak kecil. Bukan mewakili pangkal huruf dengan perkataan Bahasa tertentu.

Jika Jawi, ya! Saya setuju cara yg paling mudah memperkenalkan huruf Jawi adalah melalui bunyi pangkal huruf. Tiada masalah.

Ibubapa harus membezakan kedua tulisan dan Bahasa ini dengan mengetahui asal usul Bahasa dan Tulisan itu sendiri.

Orang Melayu tiada tulisan sendiri. Asal tulisan Bahasa Melayu bermula dengan tulisan Palava iaitu tulisan tamil. Kemudian, apabila pedagang Arab ramai mulai menetap dan berkahwin dengan orang Melayu, tulisan BM dipengaruhi oleh tulisan Arab. Maka, BM meminjam tulisan Arab dengan beberapa huruf tambahan bagi melengkapkan bunyi yg ada dalam BM.

Tulisan rasmi kerajaan Tanah Melayu dulukala adalah tulisan Jawi.
Hanya dalam 60an-70an tulisan Rumi diangkat menjadi tulisan rasmi Tanah Melayu oleh Menteri Pendidikan ketika itu.

Manakala, Bahasa Arab hanya boleh dipelajari di sekolah yg beraliran Agama sebagai subjek wajib lulus. Dan orang yg bukan Sekolah Agama hanya boleh mempelajarinya sebagai subjek Elektif. Bahasa Arab hanya untuk peperiksaan.

Kebanyakan kita hari ini memandang Jawi sebagai Mengaji dan mengaji itu boleh dipelajari melalui Jawi.

Persepsi ini harus diubah.

Sebetulnya, Jawi itu ialah Bahasa Melayu yg memerlukan ilmu dan disiplin tatabahasa Bahasa Melayu manakala, mengaji/membaca Al-Quran itu ialah Bahasa Arab yg memerlukan ilmu dan disiplin tatabahasa Bahasa Arab. Dua ilmu yg berbeza yg memerlukan Epistemologi yg berbeza.

Menyantuni semangat kedua-dua Bahasa ini melalui Epistemologi yg jernih, ia harus diajar melalui kaedah yg betul. Dan harus dibezakan antara keduanya.

Ulasan

Catatan Popular