CERITA 4 : 30 markah


Hehe.... Betul! Saya dapati pemberian markah 10-20-30 ini amat berkesan kepada budak-budak. Lebih-lebih yang berumur seawal 3 tahun hingga 12 tahun.

Setiap malam saya beri anak mengaji saya ikut sistem pemarkahan atas tunjuk ajar Puan Ainon juga. Yang cemerlang memang tetap mempertahankan markah 30-nya. Siap mereka 'menunjuk-nunjuk' kepada orang lain. Sehingga budak yang tidak dapat 30 markah itu berkata "Engkau dapat 30 tu, duduk diam-diam sudahlah! Kang ada yang dapat 30 lagi nih!" sambil tangannya menunjukkan pelempang sebijik. Hahaha....



Keesokannya, budak perempuan yang nak bagi '30 pelempang' itu dapat pula markah 30, kerana bacaannya memang semakin bagus dengan waqaf yang betul dan panjang pendek yang cuba dibacanya dgn hati-hati....

Saya nampak usaha 'kejar-mengejar' antara satu sama lain. Termasuk juga usaha berlumba-lumba siapa datang lebih awal. Semua mahu dapat mengaji dahulu.....

Semalam, ada yang tidak dapat mengaji sebab buku iqra'nya tertinggal di tempat lain, tetapi mereka datang juga. Katanya, "Saja nak datang nak jumpa Cik Jah." Hehe... (kecil-kecil sudah pandai 'ayat power')...

Ulasan

Catatan Popular