Kawal marah.

Dari peti soalan :

"Bagaimana mengatasi rasa marah?"

Apabila anak mengaji yg datang sekali dalam 30 orang setiap malam, bersama anak kecil yg merengek di sisi memang cepat membuatkan saya boleh marah setiap masa. Apalagi anak mengaji 2 dan 3 tahun jika datang memang akan menziarahi setiap inci rumah saya.

Ada seorang yg baru mengaji di sini. Umurnya 6 tahun. Di awal dulu dia mengaji dengan baik sekali. Namun, apabila sudah masuk sebulan ini perangainya bertukar. Menerawang tak tentu pasal, tengok orang sana sini, bacaan semakin lambat dan huruf mudah tidak boleh dibunyikan. Walhal, saya tahu dia tahu. Anak mengaji lain masih ramai menunggu giliran.

Kalau ikutkan hati, memanglah saya mahu memarahinya.


Saya betulkan postur duduk saya dan menghadap sepenuhnya kepada dia. Saya lihat ke dalam matanya dengan tepat. Saya katakan,

"Cik Jah suka kamu baca seperti mula-mula kamu mengaji di sini dulu. Terang, laju, bersemangat, fokus! Bila kamu baca dengan fokus tak tengok kiri kanan bacaan kamu akan jadi laju dan cepat. Ramai kawan lain nak mengaji ni. Nanti diorang tak salahkan kamu. Cik Jah tahu kamu memang dah pandai semua huruf. Boleh baca macam dulu Cik Jah nak dengar?"

Dia seperti terpukau sebentar dan terkebil-kebil melihat saya. Saya suruh dia mula baca sekali lagi.

Barulah dia dapat membaca dengan lancar sekali.

Anak-anak lelaki bujang yg tingkatan 2 dan 3 masing-masing mendengar di tepi. Mereka mengulangi ayat saya semula seperti mengejek pun ada. Namun, saya pilih untuk berpandangan yg baik. Dalam hati saya, biarlah mereka mahu buat begitu. Sekurang-kurangnya mereka sedang mengulangi satu ayat yg baik. Bukan ayat yg negatif pun.

Bayangkan jikalau saya ikutkan rasa marah dan membebel kepada anak kecil 6 tahun itu, sudah pasti akan ditiru semula anak mengaji yg lain yg akhirnya akan membuatkan mereka mencebik dan mengajuk-ngajuk pula di belakang saya.

Memang begitulah fitrah anak-anak.

1. Jangan sesekali mengharapkan anak kecil boleh senyap dan duduk diam.

2. Jangan sesekali mengharapkan anak yg besar tidak melawan atau tidak mempersendakan cakap-cakap kita.

Berharapan yg tinggi semua anak didik kita harus berkelakuan baik setiap masa hanya akan membuatkan kita lebih cepat rasa marah kerana akhirnya mereka bukan seperti yg kita harapkan. Lapangkan dada dengan istighfar setiap kali terasa mahu marah.

Astaghfirullal 'aziim. Dan kita akan memperoleh perasaan dan respon yg berbeza serta ilham baru yg tidak disangka-sangka.



Ulasan

Catatan Popular