09 April 2013

Dengan Nama Allah yg Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.... Iqra'!


Blog ini diwujudkan khas untuk mengabadikan pengalaman yg berlaku sepanjang dalam Kelas Mengaji Cik Jah yg bermula pada bulan Oktober 2012 hingga kini 2013. Perkongsian pengalaman ini adalah untuk menjadi iktibar dan berkongsi idea untuk para ibubapa dan guru dalam sessi pengajaran dan pembelajaran anak/pelajar khasnya dalam mengajar mengaji dan umumnya dalam apa jua pelajaran yg perlu kepada dorongan yg berterusan.

Di sepanjang Kelas Mengaji pada kali ini saya mula menggunakan Teknik Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam, aplikasi kepada Hadith Nabi yg telah dikaji dan dicerna baik oleh Tim Hadith Psikologi dan Puan Ainon Mohd...

Keberhasilan mengaplikasi Teknik Nabi ini sangat mengujakan saya secara peribadi.. Selain mendorong anak dan pelajar untuk punya semangat mengaji ia juga mendorong saya untuk berubah menjadi lebih penyabar, lebih tenang dan lebih baik dari sebelum ini. Subhanallah!

Walau apa jua nama teknik yang digunapakai ianya ternyata berkesan apabila diaplikasikan ke atas anak-anak cilik ini. Malah, akhirnya ia membantu saya dalam mengubah persepsi bahawa mengajar mengaji tidak perlu kepada marah-marah atau menggunakan rotan sedikitpun.

Mengapa perlu mengajarkan ayat-ayat Allah Ta'ala harus disertakan dengan api kemarahan?

Bukankah Nabi sallallahu 'alaihi wasallam menganjurkan kepada kita supaya jangan marah dan bersabar?

Inilah asas pengajaran dan pembelajaran Teknik Nabi yg ingin saya kongsikan di sini.

Paling terkesan di hati, keberhasilan mengaplikasikan teknik ini merubah persepsi saya mengenai konsep pelajar/anak corot. Ternyata, saya sudah dapat membuktikan bahawa tiada istilah corot harus wujud dalam dunia pendidikan.

Allahumma solli 'ala muhammad wa 'ala ali muhammad...