10 September 2014

Mengajarlah tanpa menghidupkan api kemarahan


Sebenarnya, inilah perkara utama yg mahu saya kongsikan kepada ibubapa/pengajar al-Quran yg lain. Namun, proses penerbitan buku "Mendorong anak suka membaca Al-Quran" ini memakan masa sejak dekat 1.5 tahun dan bakal mengambil masa agak lama lagi, saya tak pasti.

Pagi ini pula mendapat soalan dari peti emel.

Soalan :
As-salam puan ,

Untuk tahap umur anak saya 6 tahun ..perlukan saya tekan tajwid ketika mengajarnya. Saya dapat lihat anak saya semakin jauh hati untuk membacanya . Di tadika dia dimarahi ..saya kesian sangat...saat ini dia masih membaca qiraati 3 ...guru tadika mengatakan yang anak saya agak ketinggalan dalam qiraati .

Saya nak anak saya suka mengaji dan tidak bosan ....saya taktau apa yang harus saya lakukan . Kalau suami ajar mengaji anak saya mmg menangis dan membaca dengan terpaksa kerana dirotan ...

Tolong puan ...bantu saya ...saya nak betulkan keadaan sebelum terlambat ...
TQ

Tips seterusnya : Kad Imbas Khadijah

Nur Sakinah Ahmad
Baru seminggu saya menggunakan kad imbas khadijah. Saya suka inovasi kad imbas ini yang menggunakan benda sekeliling untuk memudahkan anak saya mengingati huruf-huruf hijaiyah dengan mudah! "Alif" mcm pokok, "Sin" macam rambut anak aro lelaki, "jim" mcm mentol lampu etc.. mereka semua boleh ingat nama huruf bila saya bagi hint gambar di sebelah kad imbas sahaja (sambil saya memandu, masak etc!!)

Dan yang paling best, selepas tiga hari ajar mereka yg menuntut utk belajar. Mereka tertunggu-tunggu masa belajar dengan kad imbas khadijah sebab ianya sesi yang menyeronokkan (dengan selingan berebut tempat depan cikgu-mama, berebut nak sebut huruf, berebut nak pegang kad...huhu)

Saya combinedkan 3 orang anak sekaligus, 6thn, 5thn dan 2thn. Memanh meriah dan menyeronokkan!!!

Terima kasih khadijah.. awak dah buat saya "melabur" utk saham akhirat, dengan mengajar anak-anak alQuran





Membaca perkongsian sahabat lama Nur Sakinah Ahmad membuatkan saya tersenyum dan turut merasa bahagia.

Alhamdulillah, niat saya hanyalah untuk menyediakan alternatif dan memudahkan ibubapa mengajar sendiri anak-anak ilmu asas ini di awal usia. Merekalah saham utama yg harus dilaburkan seawal yg mungkin.

Sebelum mendapatkan kad imbas, saya memberikannya Mini E-Book Panduan Caraguna Kad Imbas Khadijah. Ini telah membantu beliau bersiap sedia secara mental untuk menggunapakai kad imbas unik ini. (Saya mengakui ia tidak sama langsung dengan kebanyakan caraguna kad imbas lain yg ada di pasaran kini).

Maka, caranya ada sedikit berlainan.

Cara dan aplikasi yg betul telah berjaya dilakukan ibu yg gigih ini.

Untuk tips seterusnya, saya kongsikan di sini.