04 Mac 2014

Tidak perlu marah

Tiada dosa bagi anak kecil.

Ayat ini bukanlah hanya digunakan apabila berjumpa anak kecil yg dibuang atau ketika berjumpa anak kecil yg tidak sah taraf. Tapi, ia meliputi semua anak.

Bagi anak mengaji yg belum baligh dan hanya mengaji Iqra' saya lebih suka 'tutup mata pada kesalahan' panjang dan pendek bacaan. Cukup sekadar dia kenal huruf dan boleh membunyikan huruf yg bersambung. Perlahan-lahan membunyikan untuknya panjang suatu bacaan.

Fatihah (3 tahun) suka mengaji sesuka hatinya. Dia baca apa yg dia suka tunjuk. Tak ikut baris perkataan, tak ikut lajur yg betul. Baru baca 3 perkataan di atas tiba-tiba sudah tunjuk mahu baca lajur yg akhir sekali dan terus pindah mukasurat sebelahnya.

Fathi (4 tahun) mula belajar mendengar dan menghafal al-fatihah sejak dia berumur 2 tahun lebih. Semasa itu, Fathi tersangat pelat. Alhamdulillah, sekarang Fathi sudah menghafal al-fatihah dan 3 Qul dengan sebutan dan tajwid yg betul. Hari ini Fathi sedang menambah surah hafazannya iaitu surah Fiil dan seterusnya.

Tiada dosa bagi anak kecil. Walaupun dia tersalah dan pelat dalam membunyikan bacaan. Teruskan saja membunyikan kepadanya apa yg betul. Tidak perlu marah-marah.