19 Mei 2013

Usrah Cik Jah 2


Dari perjumpaan Usrah Cik Jah 2.

Sesudah bacaan Yasin dan doa ringkas.

Ok. Bila Cik Jah cakap satu perkataan, kamu sebut saja perkataan pertama yg terlintas dalam fikiran kamu.

Aiskrim > Sedap!
Kereta > Pandu.
Basikal > Tunggang.
Buku > Baca.
Cina > Kafir.
Melayu > Islam.
India > Patel! Hahahaha...

Ramai-ramai ketawa! Saya kebingungan. Patel tu apa? Saya bertanya.

Mereka menjawab Patel itu anak keling kaya yg bodoh.

Aduhaiii....*Geleng kepala*

Usrah Cik Jah 1


Malam Khamis lepas, Usrah Cik Jah berlangsung dengan baik sekali. Kebetulan, ada seorang sahabat yang budiman mahu memasak dan memberi makan kepada anak-anak mengaji saya seramai 31 orang itu.

Anak kecil yg berumur 5 tahun pun boleh duduk diam membaca Yasin hingga bacaan doa sampai habis. Biasanya, kalau dengan ibubapa masing-masing tak boleh duduk diam dan sering membuat bising hingga selalu dimarah saja.

Sebelum bermula saya katakan, "Jika tak tahu membaca Yasin pun tak mengapa. Masih boleh dapat pahala sama seperti orang yang membaca dengan syarat, duduk diam dan senyap." Mereka mengangguk.

Saya melihat ini sesuatu yg sihat. Ada ibubapa mula memberikan kepercayaan kepada anak-anak kecil mereka walaupun tahu perangai mereka sebenar bagaimana. Membiarkan anak kecil ke rumah orang membaca Yasin walhal kekhuatiran tetap ada berdasarkan kebiasaan perangai anak-anak dan agakan pemikiran ibubapa yang anak mereka tidak boleh menjaga adab ketika membaca Yasin.

Usrah Cik Jah




Kelmarin darah saya menyirap apabila terdengar mereka membuat bising dan terjerit-jerit di luar rumah sewaktu maghrib. Hari itu tak mengaji. Mereka datang hanya untuk membeli aiskrim.

Mereka memberi salam. Saya buka pintu. Ajak semua masuk.

Dengan ekspresi muka saya ketika itu, mereka tahu saya sedang marah. Semuanya takut untuk masuk. Saya hanya berdiam diri di depan pintu. Dua orang daripadanya dengan segera memanggil yg lain.

Setelah semua masuk, saya katakan, "Ikut Cik Jah baca Yasin."