08 November 2013

Usrah Cik Jah : Menjadi VVIP syurga Allah


Dari Usrah Cik Jah. (Maaflah agak panjang pula kali ini kerana lama tak berusrah mereka sangat dahagakan pengisian yg bermacam).

Sudah lama tidak dapat berusrah bersama anak mengaji. Maklumlah, ada anak kecil ini banyak perkara yg tak disangka boleh terjadi.

Seperti biasa, mereka datang tepat jam 8 malam. Tunggu kedatangan yg lain sambil berborak-borak dan menyuap si kecil makan, begitulah rutin saya malam hari.

Jam 8.30 ada yg masih mahu menunggu kawannya yg lain, ada yg main bola pula di hadapan rumah. Ok, senang saja penyelesaiannya.

Saya katakan, "Kita mula sekarang. Siapa lambat tinggal. Siapa nak main bola boleh balik. Cik Jah pun nak tidurkan anak Cik Jah dah menangis ni."

Saya tak tahu kenapa mereka takut sangat dengan dialog saya sebegitu. Tak perlu rotan, mereka semua terus saja masuk ke dalam rumah dan terus memulakan bacaan Yasin. hehe..

Mujur Fahmi ini jenis suka mendengar bacaan al-Quran. Dengar saja, diamlah dia.

Selesai membaca, saya memberikan buku Hadis 40 kepada seorang anak mengaji yg volunteer mahu 'membuka tajuk usrah' kita pada hari ini. (Saya tak sempat merancang apa-apa. Saya jenis ad-hock. Buka buku itu sekali saja dan mukasurat yg dibuka itulah akan menjadi topik perbincangan usrah).

Semua dalam mode 'surprise' gitu.

Jeng jeng jeng... Tajuknya ialah.......

Jangan menghukum


Melihat anak-anak mengaji yg kecil-kecil keluar masuk tanpa berselipar saya melarangnya untuk terus keluar.

"Jom masuk! Tengok kat luar ni kotor Cik Jah tak sempat nak sapu lagi depan ni. Banyak sampah ni.. Ish ish ish.."

Mereka mengekori saya masuk dan duduk. Saya terus saja mengajar mengaji. Saya tercari-cari seorang lagi anak berusia 6 tahun. 'Terlepas' lagi agaknya.. Tengok-tengok..

"Eh, alahaiii rajinnya awak tolong sapu sampah rumah Cik Jah! Terkejut Cik Jah! Macamni bersih la rumah Cik Jah.. Kagum Cik Jah awak tolong sapu sampah walaupun Cik Jah tak suruh. Bagusnya.. Cik Jah suka!"

Kakaknya mencelah, "Alah, Cik Jah. Dia kat rumah tak pernah pun sapu sampah bila mak kita suruh. Selalu kena pelepuk adalah! Asik-asik kita je yg kena sapu. Dia memang pemalas! Mak kita selalu cakap dia ni pemalas. Mak suruh dia, dia suruh kita balik.."