28 Mei 2013

CERITA 12 : Mengurus emosi anak




Dalam jam 8.40 malam tadi (lewat) tiba-tiba seorang anak berumur 7 tahun ini datang dengan berbasikal laju masuk ke dalam rumah saya. Matanya merah dan berair. Nampak sangat dia menangis. Dan dalam keadaan tergesa-gesa kerana datang lambat. Hingga Mejar Dr. Isa Iskandar menegurnya dan mengejeknya kerana datang lambat dalam keadaan menangis. Saya menghalangnya dari terus mengejek atau berkata apa-apa.

Saya teringat status di wall Puan Ainon, 'Jangan tanya kenapa dan jangan menyelidiki'.

Kebiasaannya apabila terlihat orang menangis saya akan bertanya kenapa? hehe... Kali ini, saya tahan diri. Saya hanya bertanya, "Zikry dah makan malam ke belum?”

Dan saya menyambung, "Kalau penat baring dulu, ambil bantal kecik tu, baring sini. Harini tak ngaji. Semua orang tak mengaji harini. Kita belajar tajwid je."

Dia senyap. Tiada respon.

CERITA 11 : Mengurus tingkahlaku anak kecil




Malam ini juga sebenarnya buat pertama kali saya dapat mengawal keadaan yg selalu riuh rendah apabila bercampur antara anak yg kecil dan anak yg besar. Selain mereka berempat ada 2 orang lagi budak kecil 6 tahun dan 4 tahun.

Biasanya, merekalah yg bermain-main dan membuat bising mengganggu abang dan kakak yg besar menulis di papan putih. Kali ini awal-awal lagi saya sudah memberinya 'tugasan khas'.

Mereka juga tak mengaji malam ini kerana buku Iqra'nya tertinggal di rumah. Tapi saya tak marah langsung. Kebetulan, di depan saya ada buku ABC bergambar kepunyaan anak saya jadi saya ajarkan saja ABC kepada mereka berdua ini dahulu.hehe...