15 April 2013

CERITA 8 : Sebaik-baik manusia



Selepas anak Iqra' selesai ujian bacaannya, saya meneruskan pembelajaran tajwid yg belum habis semalam. Hanya 4 orang yg hadir daripada 5 orang yg membaca al-Quran.

Pada permulaan, saya nyatakan rasa kagum kepada mereka kerana tetap hadir walaupun hujan. Kemudian, saya menceritakan betapa hujan yg terkena pada kita itu memberi banyak pahala dan menjadi saksi untuk kita bawa sampai mati nanti. Jika ditakdirkan kita mati semasa dalam perjalanan menuntut ilmu, kita boleh masuk syurga. Semua anak-anak suka tersenyum dan bertepuk tangan..

Semasa sessi P&P berlangsung keadaan agak terganggu kerana anak kecil yg 2 orang itu bermain dan membuat bising serta mengganggu kakak abangnya yg sedang belajar. Akibatnya, saya agak sukar mengembalikan fokus mereka. Walau diingatkan banyak kali mereka memang tak boleh duduk diam.

Kakaknya menelefon emaknya suruh ambil adik-adiknya dahulu kerana membuat bising. Kemarahan saya masih dalam kawalan hingga akhir kelas.

CERITA 7 : Kelas Tajwid pertama



Semalam saya buat kelas tajwid. Saya bercadang untuk mengajarkan tajwid kepada mereka sebelum mereka menjalani ujian penilaian yg biasanya telah dibuat oleh ustazah mengaji terdahulu. Tapi saya sudah terlupa untuk memuji dan mengiktiraf kehadiran mereka walaupun ada yg lambat [saya tak marah hanya terlupa memuji].

Pada permulaan, kelas saya itu huru hara.. Maklumlah, ada 3 org budak bawah umur 7 tahun yg masih mengaji Iqra' dan 5 lagi [semuanya sekolah rendah] yg sudah mengaji Quran dan ada yg sudah mahu khatam. Penerangannya harus berlainan tapi mereka duduk dlm 1 tempat dan 1 suasana [hanya di ruang tamu rumah saja].

Anak yg umurnya 6 tahun ini suka buat hal sendiri, seorang lagi terlebih ke hadapan pula, sikit-sikit mahu dengar dia yg membunyikan huruf. Yg berumur 4 tahun pula sikit-sikit mahu sentuh apa yg saya tulis di papan putih, suruh bunyikan dia malu-malu pula.

Manakala, yg bersekolah rendah pula masing-masing 'loyar buruk' pula dan bergosip sesama sendiri. Saya harus tinggikan suara utk mendapatkan perhatian mereka. Mahu terkeluar rasanya semua isi perut ini.huhu...

CERITA 6 : Doakan Anak



Terdengar doa Fathi (3 tahun) dan Fatihah (2 tahun) setiap kali selepas sembahyang [dengan bahasa pelat masing-masing] :

"Ya Allah, jadikan abang anak yg soleh, Tiha anak yg solehah, abah cepat baik, adik dalam perut duduk diam-diam. Amin." 

Selama ini, hanya perut saya saja terasa sejuk tiap kali mendengar doanya. Entah kenapa kali ini, doanya mengetuk pintu hati saya dan betul-betul memberi kefahaman yg tidak saya sangka. Tak semena-mena teringat tips yg dah lama saya baca daripada Puan Ainon Mohd.

Puji pelajar/anak di depan orang ramai dan selalu doakan mereka supaya mereka mendengar apa yg kita doakan itu - Asas Teknik