CERITA 8 : Sebaik-baik manusia



Selepas anak Iqra' selesai ujian bacaannya, saya meneruskan pembelajaran tajwid yg belum habis semalam. Hanya 4 orang yg hadir daripada 5 orang yg membaca al-Quran.

Pada permulaan, saya nyatakan rasa kagum kepada mereka kerana tetap hadir walaupun hujan. Kemudian, saya menceritakan betapa hujan yg terkena pada kita itu memberi banyak pahala dan menjadi saksi untuk kita bawa sampai mati nanti. Jika ditakdirkan kita mati semasa dalam perjalanan menuntut ilmu, kita boleh masuk syurga. Semua anak-anak suka tersenyum dan bertepuk tangan..

Semasa sessi P&P berlangsung keadaan agak terganggu kerana anak kecil yg 2 orang itu bermain dan membuat bising serta mengganggu kakak abangnya yg sedang belajar. Akibatnya, saya agak sukar mengembalikan fokus mereka. Walau diingatkan banyak kali mereka memang tak boleh duduk diam.

Kakaknya menelefon emaknya suruh ambil adik-adiknya dahulu kerana membuat bising. Kemarahan saya masih dalam kawalan hingga akhir kelas.



Di akhir kelas, mereka konplen budak 2 orang itu bising saja sampai susah nak belajar.

Kakaknya berkata,"Mak kita cakap kalau adik-adik nakal buat bising, mak suruh Cik Jah marah aje. Pukul ke. Macam mak kita selalu buat. Kenapa Cik Jah tak marah diorang?"

Saya senyap. Agak lama. Mereka juga tiba-tiba senyap untuk dengar apa yg saya nak cakap.

"Rasulullah ada berkata, sebaik-baik manusia atas muka bumi ni ialah orang yg belajar alQuran dan mengajarkannya. Macamana Cik Jah nak marah orang-orang yg paling baik dalam dunia ni?"

Semuanya tersenyap. Hingga terdengar hanya bunyi cicak di dinding rumah utk beberapa ketika. Anak kecil yg berdua tadi pun berhenti bermain dgn sendiri. Setelah cukup 2 minit, mereka membuat bising seperti biasa. :)


Ulasan

Catatan Popular