26 Jun 2013

Pilu


Hati saya sangat pilu malam semalam.

Sudah beberapa malam tiada kelas mengaji kerana jerebu. Malam ini anak-anak mengaji datang seperti biasa dengan penuh semangat.

Sedang saya mengajar ngaji yg besar-besar, tiba-tiba datang seorng bapa dalam keadaan baran dan terus menengking anak-anak mengaji saya.

"Siapa tadi yg nak belasah anak aku ugut mintak duit? Meh sini, kalau berani sangat nak jadi gangster biar aku belasah dulu! Ish, panas betul aku balik kerja ni aku dengar anak aku kena ugut mintak duit!"

Saya terkejut. Anak-anak mengaji semua membisu. Masing-masing bertanya siapa dan menggelengkan kepala.

Si bapa meminta maaf pada saya kerana kesabarannya sudah hilang dan mahu berjumpa juga dengan orang yg mengugut anaknya tadi.

Saya katakan, mereka baru sampai walhal anaknya sudah lama balik habis mengaji. Lalu, saya minta si bapa menyuruh anaknya datang semula ke rumah saya untuk bertanya sendiri padanya. Saya katakan, saya sendiri tak berani mahu tuduh sesiapa anak orang dan setahu saya, anaknya tak bawa duit untuk membeli apa-apapun.

Mengajar anak 4 tahun mengaji & tip mengajar mengaji anak sendiri



Umurnya hendak masuk 5 tahun (masih 4 tahun). Dahulu, anak ini paling susah mahu fokus. Bermula dari zero, tidak tahu satu huruf sedikitpun. Asyik mahu bermain. Tak mahu duduk diam tunjuk buku.

Pelatnya juga sangat pekat. Da disebut Ta.

Pejam mata pada kesalahan. Biarkan dia bermain sebentar. Dan pandu sebutan yg betul saja. Tak perlu mengkritik, menegur pelatnya atau membebel memarahinya.

Anak kecil sangat jujur dengan emosi dan tingkahlakunya. Dia akan membuat sesuatu berdasarkan perasaannya saja. Tiada gunanya marah-marah di atas kejujurannya.

Biasakan dia mengikuti mendengar dan mengikut saja abangnya (Iqra' 2) mengaji. Biarkan dia bermain. Lama kelamaan, dia akan dapat cepat mengingat walaupun lebih banyak bermain.

Selepas 6 bulan.

Hari ini, pagi-pagi lagi dia datang berbasikal bersama kakak dan abangnya dengan penuh semangat! Sampai-sampai saja [makan-makan, berbual-bual terlebih dahulu] terus buka Iqra' dan memaksa saya cepat mengajarnya mukasurat baru. Bacaannya semakin terang dan laju. Ingatannya sangat jelas.