11 April 2013

Diserbu pelajar baru! (Terkini)



Malam semalam selesai saja mengajar ngaji, saya seperti mahu pengsan! Apa tidaknya, patutnya hari ini dan semalam [Rabu dan Khamis] adalah jadual untuk yg mengaji al-Quran sahaja tapi yg mengaji Iqra' [sepatutnya Isnin dan Selasa sahaja] pun masih datang seperti biasa walaupun sudah saya katakan seminggu 2 kali saja datang mengaji berikutan sudah terlalu ramai yg mengaji di sini.

Semalam, saya diserbu pula dengan 5 orang pelajar baru! Tiga daripadanya sudah bersekolah menengah. Lelaki tingkatan 4 dan 3 serta perempuan tingkatan 2. [Anak mengaji yg lama, ada 1 orang tingkatan 1]. Ini menjadikan merekalah yg paling dewasa setakat ini.

Err, patutkah saya menukar tajuk blog ini?


Untuk anak yg sudah dewasa begini, lebih-lebih lagi lelaki, amat penting baginya adalah tidak dimalukan mahupun jangan diaibkan di hadapan 'rakan sekelasnya' yg lain. Ya, anak lelaki tingkatan 4 ini masih tergagap-gagap mengaji awal surah al-Baqarah. Manakala, yg tingkatan 2 ini sudah lama tak mengaji hingga meminta mengaji Iqra' semula.

SABAR


Saya kongsikan soalan yg pernah diajukan kepada saya.

Soalan :

Assalamualaikum Puan. Boleh dikongsikan tips Puan mengajar mengaji ? Saya kalau mahunya tension, habis la murid2 di sekolah dimarahi. kadang2 tak tahan sabar. Saya juga pernah mempraktikkan teknik Nabi tu, tp kadang2 menjadi, kadang2 tidak. Bagaimana ya mahu menyuruh supaya mereka segera melakukan tanpa ada perkataan "sekejap"? Ya, saya tahu tentang teknik memuji itu, tapi mahu sahaja tahu teknik menyuruh. Malahan, teknik supaya murid tidak bising di salam kelas? Puan juga mengajar kanak2 yg ramai kan. Boleh dikongsikan bersama saya?

Pandangan saya : 

Terima kasih kerana bertanya. Sebelum itu, saya minta maaf kerana lambat membalas. Saya berbesar hati dapat berkongsi pengalaman bersama. Bukan bermakna saya lebih pandai dan sempurna dalam hal begini. Hanya berkongsi apa yg saya lakukan. Cik puan / Puan tak semestinya harus melakukan perkara yg sama. Terpulang pada keadaan juga.

Empat asas teknik terawal



Pada permulaan kelas mengaji dahulu, saya hanya mengaplikasi 4 jenis teknik saja berdasarkan pembacaan saya di wall Puan Ainon Mohd.. Ya, boleh dikatakan saya mencuba tip-tip yang dikongsikan beliau hanya melalui Facebook saja. Berikut adalah premis yg saya pegang dan sudah hadam hingga kini.

1. Tidak menghukum anak atas kesalahan mereka tapi menerangkan cara yg betul kepada mereka. 

Bagi anak yg sering mengaji salah walaupun sudah dibetulkan banyak kali, saya tidak menghukumnya dengan merotan atau menghentak-hentak meja. Selalu juga ada yg tertinggal buku Iqra' dan Quran di rumah dan kemudian datang mengaji dengan tangan kosong namun saya tidak memarahi/menghukum mereka atas kesalahan itu.

Gunakan saja apa yg ada atau pinjam saja dari anak yg lain. Ada sekali anak kecil berusia 4 tahun itu tak membawa apa-apa datang mengaji. Secara kebetulan, ada buku ABC bergambar di hadapan saya. Malam itu, saya hanya mengajarkannya ABC saja.hehe.. Jadilah.. Asalkan belajar.