Diserbu pelajar baru! (Terkini)



Malam semalam selesai saja mengajar ngaji, saya seperti mahu pengsan! Apa tidaknya, patutnya hari ini dan semalam [Rabu dan Khamis] adalah jadual untuk yg mengaji al-Quran sahaja tapi yg mengaji Iqra' [sepatutnya Isnin dan Selasa sahaja] pun masih datang seperti biasa walaupun sudah saya katakan seminggu 2 kali saja datang mengaji berikutan sudah terlalu ramai yg mengaji di sini.

Semalam, saya diserbu pula dengan 5 orang pelajar baru! Tiga daripadanya sudah bersekolah menengah. Lelaki tingkatan 4 dan 3 serta perempuan tingkatan 2. [Anak mengaji yg lama, ada 1 orang tingkatan 1]. Ini menjadikan merekalah yg paling dewasa setakat ini.

Err, patutkah saya menukar tajuk blog ini?


Untuk anak yg sudah dewasa begini, lebih-lebih lagi lelaki, amat penting baginya adalah tidak dimalukan mahupun jangan diaibkan di hadapan 'rakan sekelasnya' yg lain. Ya, anak lelaki tingkatan 4 ini masih tergagap-gagap mengaji awal surah al-Baqarah. Manakala, yg tingkatan 2 ini sudah lama tak mengaji hingga meminta mengaji Iqra' semula.



Yg lelaki, sanggup menunggu akhir sekali untuk mengaji. Semasa mengaji, saya tidak bertanya apa-apa langsung sejarah 'pengajiannya' terdahulu.

Saya tidak mengkritik/membebel/mengandaikan yg bukan-bukan [Asas teknik].

Ya.... Kesilapan orang kita [termasuk saya dahulu] suka mengkritik dan sekarang inipun lebih ramai mahu jadi pengkritik. Sedar ataupun tidak, pendoktrinan untuk menjadi pengkritik berlaku secara berleluasa melalui media massa.

Pengkritik makanan, pengkritik nyanyian, pengkritik lakonan, pengkritik lawak jenaka, pengkritik fesyen, pengkritik dunia hiburan, pengkritik bola hinggalah kita menjadi pengkritik bacaan al-Quran.

Walhal, Rasulullah sallaallhu 'alaihi wasallam tidak pernah langsung mengkritik makanan apalagi mengkritik pembuat dosa.

Siapalah kita untuk mengkritik orang yg membaca ayat-ayat Allah. Walaupun salah, ada caranya membetuli apa yg tersalah.

Terangkan sahaja apa yg betul atau berikan sahaja jalan penyelesaian tanpa menyebut apa yg sudah tersilap.

Tanpa mengira umur, seperti anak mengaji yg membaca al-Quran yg lain [lama lagi nak khatam], saya menggunakan cara yg sudah saya kongsikan dalam entri sebelum ini. Memberikan panduan bunyi yg betul saja apabila dia membaca yg salah dan membetulkannya dalam satu-satu masa sahaja. Nampak dia sendiri membacanya dan membetulkan kesalahan dengan bersungguh-sungguh!

Manakala, yg di tingkatan 2 itu walaupun dia meminta membaca Iqra' seperti adiknya kerana katanya sudah banyak lupa, tapi saya menyuruhnya terus membaca Muqaddam setelah saya melihat prestasinya boleh membunyikan huruf tunggal. Walaupun dia masih belum boleh membunyikan huruf yg bersambung, tak mengapa. Banyak lagi masa yg boleh dipelajarinya melalui bacaan Muqaddam seperti yg saya sudah praktikkan ke atas seorang anak mengaji slow-learner saya. Ternyata, cara sebegitu menjaga airmukanya di hadapan rakan sepengajian yg lain seterusnya menaikkan self-esteem mereka untuk terus mengaji tanpa ponteng lagi.

Akibatnya, apabila giliran terlalu panjang dan lambat mengaji, masing-masing akan membantu rakan sepengajiannya yg lain supaya baca laju sedikit hehe... Dan yg menjadi cabaran terbesar saya, jadual yg saya buat [mengaji 2 kali seminggu] tidak dipatuhi mereka langsung.huhu...


Mereka datang atas inisiatif sendiri tanpa suruhan sesiapa. Saya bertanya pada mereka adakah ibu/bapa suruh datang mengaji di sini? [Setelah seorang bapa datang ke rumah saya bertanya untuk menghantar anaknya mengaji].

Mereka menjawab, "Mak kata kalau nak ngaji sini, ngajilah.."

Saya sedar bahawa pertambahan anak mengaji saya sejak akhir-akhir ini hanyalah berdasarkan 'peer group' di kawasan kejiranan saya ini. Inilah kekuatan dan pengaruh rakan sebaya! Ada yg saya tak kenal ibubapanya langsung kerana duduk di luar kawasan kejiranan saya, rupa-rupanya mereka 'meluaskan pengaruh' hingga sesama rakan sekolahnya pula. Aduhaiii...

Saya berkongsi cerita kelas mengaji saya di ini bukanlah dengan niat mempromosi kelas mengaji saya untuk dihadiri lebih ramai orang lagi kerana saya rasa inipun sudah tidak menang tangan. Cukuplah anak mengaji saya membawa rakannya masing-masing dan yg sudah ada sekarang.

Niat saya, blog ini akan memberi cara baru untuk anda sebagai ibubapa boleh dan mampu mengajar anak-anak anda sendiri di rumah dengan seronok dan yg paling penting bagaimana mahu mengekalkan semangat anak-anak untuk terdorong dengan sendirinya supaya terus mengaji.








Ulasan

依之汉 berkata…
Subhanallah. Sejuk hati saya lihat anak-anak kecil itu sanggup datang mengaji di tempat puan.

Terima kasih atas perkongsian puan di blog ini. Banyak saya belajar. Dari teknik mengaji sehinggalah teknik memuji.

Jazakallah atas perkongsian puan ini.

Catatan Popular