26 April 2013

CERITA 10 : Seronoknya Tajwid!



Malam ini saya sangka mereka tak mahu datang mengaji kerana semalam baru saja dibuat ujian penilaian. Sebelum jam 8 malam lagi rupa-rupanya mereka sudah datang berkumpul! Kagum saya dengan semangat mereka. Salah seorang daripada mereka meminta mahu belajar tajwid lagi. Katanya seronok belajar tajwid. Saya terus saja bersetuju dengan cadangannya. Tapi, kali ini bukan saya yg mengajar seperti sebelum ini. Seorang demi seorang harus ke depan untuk mengajar bergilir-gilir pula.

Ada seorang kawannya yg belum hadir. Salah seorangnya menelefon kawannya itu ajak datang malam ini. Saya terdengar perbualannya,

"Tak dapat markah penuhlah kena datang mengaji selalu biar lepas ni dapat markah penuh. Pandai.."

Saya terus teringat cerita Cikgu Khairulaniza betapa kuatnya pengaruh rakan sebaya. Tak perlu kita cakap apa-apa!

Sebelum bermula, saya memberikan gelaran mengikut cita-cita mereka.

CERITA 9 : Ujian Penilaian



Ujian Penilaian untuk Iqra' dan al-Quran dibuat. Saya ubah sistem pemarkahan sebelum ini yg lebih tertumpu kepada kiraan kesalahan bacaan kepada kiraan bacaan yg betul.


Ini laporan ujian penilaian anak mengaji yg tidak lulus sebelum ini. Lebih 3 kesalahan dikira tidak lulus.

Hari ini saya akan membuat borang penilaian ujian yg baru dan sudah pun menerangkan sistem pemarkahan berdasarkan kiraan yg betul sahaja di mana memerlukan 25 markah dan ke atas untuk lulus.