10 Jun 2013

Usrah Cik Jah 5


Siaran tertunda. Dari Usrah Cik Jah 5.

Jam sudah pukul 8.30 malam. Kebiasaannya, hari Jumaat 8.10 malam tepat bacaan Yasin sudah bermula. Saya sangka malam ini mereka tidak datang kerana hujan agak lebat dari petang tadi. Sedang mendodoikan Fahmi, ada orang memberikan salam.

Buka pintu, terkejut saya melihat mereka segerombolan (13 orang anak mengaji) datang serentak.

"Eh, kan hujan ni. Cik Jah ingatkan tak datang. Takpelah, kalau hujan tak payah datang."
"Hujan ke Cik Jah? Mana ada.. Gerimis sikit je.."
"Yelah tu.. Masuklah.."
"Malam ni nak usrah tajuk apa? Ada sesiapa yg ada masalah yg mahu dikongsi sama-sama?"
"Masalah? Masalah apa tu CIk Jah?"
"Apa-apa je masalah yg timbul."
"Masalah Zaki!" Hahahaha...

Berderaian mereka ketawa.

Sudah lama saya asyik terdengar mereka menyebut nama Zaki. Dalam setiap perbualan atau setiap perbuatan atau apa sahaja mereka seolah-olah mempermainkan nama Zaki itu. Saya hanya mendiamkan diri saja biasanya. Tapi kali ini saya seperti mahu bertanya. "Siapa Zaki tu?"

Usrah Cik Jah 3


Dari Usrah Cik Jah 3.

Malam ini yang dapat hadir usrah tidak berapa ramai. Hanya 6 orang. Dua orang daripadanya sanggup menunggang motosikal dari kawasan agak jauh. Pada mulanya, tak tahu lagi mahu bercerita atau membacakan hadith untuk malam ini. Sedang membelek-belek buku Hadith 40, mata tertumpu pada Hadith no.36 ini.

Maksudnya : Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa yang memudahkan orang yg tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh satu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat akan menaungi mereka di hadapan makhluk yg di sisiNya dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.

1. Meringankan kesusahan/kesulitan orang lain kelak Allah akan meringankan kesusahan kita di akhirat kelak.

2. Setiap orang dalam dunia ini ada baik, ada buruknya. Aib itu keburukan orang lain. Sesiapa yg menutup aib orang lain, Allah akan menutup aib kita di padang mahsyar nanti.

Saya menambah, "Sebab itu, kalau tengok di tv atau radio bercerita tentang aib dan keburukan orang lain sampai dalam kain pun nak bercerita, baik kita tutup mata dan telinga pergi jauh dari situ je.."

Seorang anak lelaki menyampuk, "Tutup je tv terus..."

"Hmm, bagus jugak idea kamu itu.." hehe..