Usrah Cik Jah 5


Siaran tertunda. Dari Usrah Cik Jah 5.

Jam sudah pukul 8.30 malam. Kebiasaannya, hari Jumaat 8.10 malam tepat bacaan Yasin sudah bermula. Saya sangka malam ini mereka tidak datang kerana hujan agak lebat dari petang tadi. Sedang mendodoikan Fahmi, ada orang memberikan salam.

Buka pintu, terkejut saya melihat mereka segerombolan (13 orang anak mengaji) datang serentak.

"Eh, kan hujan ni. Cik Jah ingatkan tak datang. Takpelah, kalau hujan tak payah datang."
"Hujan ke Cik Jah? Mana ada.. Gerimis sikit je.."
"Yelah tu.. Masuklah.."
"Malam ni nak usrah tajuk apa? Ada sesiapa yg ada masalah yg mahu dikongsi sama-sama?"
"Masalah? Masalah apa tu CIk Jah?"
"Apa-apa je masalah yg timbul."
"Masalah Zaki!" Hahahaha...

Berderaian mereka ketawa.

Sudah lama saya asyik terdengar mereka menyebut nama Zaki. Dalam setiap perbualan atau setiap perbuatan atau apa sahaja mereka seolah-olah mempermainkan nama Zaki itu. Saya hanya mendiamkan diri saja biasanya. Tapi kali ini saya seperti mahu bertanya. "Siapa Zaki tu?"



"Zaki tu budak sekolah kitorang. Dia tinggi sangat! Kurus, cengkung. Jalan macam ni (sambil mengajuk cara jalan Zaki). Pastu kepalanya ada jendol ke depan sikit. Kitorang suka tengok dia! Kat mana-mana pun mesti ternampak dia sebab dia tinggi sangat!"
"Oooo suka tengok.. Oklah kita baca Yasin dulu."

Sedang Yasin dibaca hingga akhir doa dibaca saya masih mencari-cari hadith apa yg paling sesuai untuk dijadikan tajuk usrah malam ini. Saya masih tak tahu. Hmm..

Betul-betul doa habis dibaca (mujur anak mengaji membaca doa sangat lambat hehe), saya nekad membuka sekali saja mana-mana mukasurat, itulah saya akan baca. Tiba-tiba, tangan menyelak hadith 15.

Etika orang beriman.

Maksudnya : "Sesiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam. Sesiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya. Dan sesiapa yg beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya." (Riwayat al-Bukhari, no.5672 dan Muslim, no. 47).

Saya memulakan bicara.

"Siapa yg percaya kepada Allah?"
"Saya!" Semua mengangkat tangan.
"Siapa yg percaya pada hari akhirat?"
"Saya!" Semua menjawab serentak.
"Cik Jah, hari akhirat tu maksudnya masa kat padang mahsyar kan?"
"Ya. Itu salah satu proses kita menuju akhirat. Sebelum kita dimasukkan ke dalam syurga atau neraka. Kita akan dibangkitkan dari kubur masing-masing dan dikumpulkan di padang mahsyar, seluas mata memandang. Di sana panas dan terik. Dikumpulkan semua umat manusia dari zaman Nabi Adam hingga Nabi Muhammad. Cuba bayangkan berapa ramai umat manusia masa tu? Macam kita tengok orang bersesak-sesak tengok konsert kat Sure Heboh tu, bayangkan nanti kat padang mahsyar macamana?"
"Cik Jah, masa tu kita semua bogel kan?"
Erk!

"DI padang mahsyar, kita semua tidak berpakaian. Tapi masa tu semua orang cuma fikir nak selamatkan diri sendiri je. Tak fikir dah pasal orang lain atau tak sempat dah nak nampak apa-apa atau tengok apa-apa, semua dah tak sempat dah. Hari panas terik. Perit tak terkata. Orang berpusu-pusu, berlari ke sana ke mari tak tentu hala. Masing-masing mencari siapa yg boleh selamatkan dia. Semua orang nak selamatkan diri masing-masing. Agak-agak, mak ayah kita kenal tak kita? Agak-agak, kita boleh kenal tak mak ayah kita?"

Err.. Err... Ada yg jawab tak kenal. Ada yg jawab "Takkan tak kenal? Mak ayah kita mestilah kenal anaknya?"

Saya katakan lagi. "Agak-agak masatu boleh bergaduh tak dengan adik-beradik lagi?" (Ini berikutan beberapa minggu lepas saya mendengar anak mengaji yg datang mengadu asyik bergaduh dengan adik/kakaknya tanpa masing-masing mahu mengalah).

Mereka tersenyap. Sunyi... Hanya bunyi cicak dalam rumah.

"Apa yg kita gaduhkan kat dunia ni semua dah tak berguna lagi. Semuanya sekarang sibuk mencari sesuatu yg boleh mempercepatkan hitungan di padang mahsyar. Adakah dengan bergaduh adik-beradik boleh selamatkan kita nanti? Apa faedahnya banyak bergaduh? Di sana, mak ayah dengan anak pun tak kenal apalagi adik-beradik nak kenal sesama adik-beradik. Masing-masing cuma sibuk nak menutup aib masing-masing. Sebab masa tu semua aib kita terbuka dan dilihat orang. Masa tu, siapa yg boleh selamatkan kita?"

Senyap. Tiada jawapan. Lama.

Hanya seorang yg boleh menjawab. Iaitu 'anak nakal' yg selalu dicop orang.

"Nabi Muhammad.." jawabnya.

"Bagus Aziz! Betul! Cuma dengan syafaat Nabi Muhammad yg akan menyelamatkan kita. Antara semua umat manusia, umat Nabi Muhammad yg akan diperhitungkan dulu. Maksudnya jalan dulu. Tapi, kalau kat dunia kita asyik bergaduh, banyak buat dosa dengan orang lain, macamana kita nak jumpa Nabi untuk dapatkan syafaat Nabi? Macamana Nabi nak kenal kita sebagai umatnya kalau kita tak sayang Nabi dan tak tahu pun apa yg Nabi suruh? Macamana kita nak sayang seseorang yg kita tak pernah jumpa dan mendengar suaranya? Macamana kita nak sayang Nabi supaya nanti di padang mahsyar, Nabi boleh kenal siapa kita dan terus dapat syafaatnya?

Senyap... Sunyi... Masing-masing mulut ternganga.

Anak 'nakal' itu yg menjawab lagi. "Baca hadith dan amalkan".

"Jawapan yg bagus! Tepat sekali! Kerana itu, Cik Jah nak kamu semua membaca al-Quran dengan tajwid yg betul. Supaya al-Quran nanti akan jadi kawan kita dan boleh temankan kita dalam kubur. Kalau ada hari tak baca al-Quran, kita baca Hadith dan amalkan apa yg dalam Hadith. Sebab dua benda ni je Nabi tinggalkan untuk kita. Al-Quran dan Hadith. Kalau kita berjaya sayang pada dua benda ni dan amalkan daripada dua benda ni, bermakna kita akan sayang Allah dan Nabi walaupun kita jauh dari Nabi. Tapi, bila di padang mahsyar nanti Nabi boleh cam kita dan tahu siapa kita sebab amalan kita atas dunia ni. Masa tu mulut dah tak berguna lagi. Nabi akan tahu. Allah pun Maha Tahu. Tak perlu cakap apa-apapun. Jadi, nak tak kita sayang Nabi sementara hidup lagi kat dunia ni?"

"Nakkkk...." Serentak menjawab.

"Ok. Kalau nak, kita tengok apa yg Nabi kata dalam hadith ni. Sesiapa yg percaya pada Allah dan hari akhirat hendaklah?"

1. Berkata baik atau diam.
2. Hormat jiran.
3. Hormat tetamu.

"Tengok, no. 1 nabi suruh kita berkata baik atau diam. Menggelarkan seseorang dengan gelaran yg tidak disukainya atau mempermain-mainkan nama orang lain baik atau tidak?"
"Takkk.."
"Jadi, dari bercakap sesuatu yg tak baik, lebih elok kitaaaa?"
"Diammm.."
"Betul.. Tak kira macamana rupa bentuknya, perangainya yg baik atau tak baik, cara dia berjalan kelakar ke tak, kita semua ada kekurangan masing-masing. Contohnya Aziz hensem bukan? Tapi Aziz ada kekurangan tak?"
"Adaaa.."
"Perlu ke kita sebut-sebut kekurangan dia apalagi mempermainkan kekurangan dia?"
"Takkk.."

"Ok. Sekarang, cuba Aisyah beritahu Cik Jah satu kebaikan adik yg pernah adik buat untuk Aisyah?"
"Hmmm.. Mana ada Cik Jah. Dia selalu taknak dengar cakap saya. Selalu lawan cakap saya. Tapi mak saya selalu je menangkan dia. Sikit-sikit saya jugak yg salah.."
"Ok. Ok.. Sekarang, Asiah pula sebutkan satu kebaikan kakak yg pernah buat pada Asiah?"
Mencebik.. "Takde sikit pun! Kalau dia takde pun lagi bagus. Saya boleh jadi anak tunggal mak saya je."
"Hmmm..Takkan satu pun kebaikan kakak takde langsung?"
Si kakak memintas. "Eh ada eh.. Aku selalu pujuk ko tiap kali ko nangis!"
Si adik tersengih-sengih. Tapi, mulut masih rapat tak mahu mengakui. Saya katakan.
"Cik Jah nak dengar sendiri dari mulut Asiah pasal kebaikan kakak. Tak mahu dengar dari mulut orang lain."

Senyap. Lama.

"Ok. Takpe. Maknanya, pada Asiah kakak pun tak ada satu kebaikan yg pernah dia buat pada Asiah betul?"

Senyap.

"Aisyah tak mampu beritahu Cik Jah satu kebaikan Asiah, sebab tulah Asiah pun tak mampu sebutkan walau satu kebaikan Aisyah. Bila kita pandang seseorang penuh keburukan dan kekurangan sampai kita tak nampak langsung kebaikan dia walaupun kecil, macam tulah orang lain akan pandang kita yg serupa, penuh keburukan, tak ada langsung kebaikan. Setiap orang, semua orang mesti ada keburukan atau kekurangan dia tapi dalam masa yg sama mesti dia juga punya kebaikan dan kelebihan, betul? Mulai sekarang, Cik Jah nak semua orang mula memandang pada kebaikan orang walaupun orang itu banyak keburukan atau kekurangannya. Bila kita mula pandang orang melalui kebaikan, orang lain pun akan mula pandang kita penuh dengan kebaikan sampai tak nampak lagi kekurangan atau keburukan kita. Nak tak macam tu?"
"Nakkk.."
"Sama juga bila kita mula tak mengejek atau mempermainkan nama orang, nanti orang lain akan mula hormat dan mendengar cakap kita. Mula bercakap tentang kebaikan orang lain, kelak orang lain akan bercakap kebaikan kita pula. Semuanya mengenai diri kita dahulu."

Masing-masing ternganga...

"Habis Cik Jah, macamana nak buat kalau kita jumpa orang yg sangat nakal? Taknak dengar langsung cakap orang."
"Ha ah, Cik Jah macam Rafi haritu tumbuk mata adik saya sampai lebam! Kesian adik saya kecik lagi, dia tumbuk macam ingat adik saya tu anak patung."
"Ha ah.. Mak saya selalu cakap dia nakal! Susah nak dengar cakap."
"Rafi? Dia ok je dengar cakap Cik Jah? Ngaji pun selalu dapat 30. Rajin datang mengaji."
"Entah. Dengan Cik Jah dia ok. Tapi kalau dengan kitorang dia ni macam terencat aje. Tengah main-main nanti tiba-tiba dia terkinja-kinja macam orang terencat akal tu. Pastu haritu kitorang tengah mainlah tiba-tiba dia tumbuk mata adik Indera. Semua orang terkejut. Tak pasal-pasal."

Saya terhenti agak lama. Tak pasti jawapan apa yg perlu diberikan..

"Kamu semua tahu tak apa itu Autisme?"
"Autisme? Apa tu? Tak pernah dengar pun?"
"Semua orang dalam dunia ni ada kekurangannya betul?"
"Betul.."
"Dalam dunia ni bukan semua orang normal macam kita. Anak autisme ni ada dunia dia sendiri. Dia tak macam kita yg normal."
"Dalam dunia dia sendiri? Macamana tu?"
"Ok. Cuba bayangkan macamni. Imran nampak dinding putih macam kertas lukisan yg besar! Dan Imran nampak berus cat macam kaler pensel. Imran sangat suka melukis. Kat mana-mana pun Imran suka melukis. Jadi, bila Imran nampak cat berus kat tepi rumah tu, Imran terus ambil berus cat tu cari cat dan Imran terus conteng dinding rumah Imran. Agak-agak mak Imran marah tak?"
"Marahlah!"
"Tapi, pada Imran, Imran cuma nak melukis je sebab ada 'kaler pensel' dan 'kertas lukisan' kat depan mata? Kalau kamu jadi Imran, rasa-rasanya kamu betul atau salah?"
"Tak salah.."

"Hahhh.. Itulah maksud Cik Jah, dunia dia sendiri. Biasanya takkan sama macam pemikian orang yg normal. Biasanya, kalau budak-budak susah nak dengar cakap, tak respon bila kita panggil nama dia, beri arahan suruh menunjuk ke satu arah pun dia tak boleh tunjuk, tak boleh duduk diam, tanya soalan mudah pun dia tak mampu jawab dan yg paling penting, bila tanya soalan, dia ulang balik soalan kita, itu antara tanda-tanda anak Autisme. Cuma, Cik Jah tak cakap yg Rafi ni Autisme. CIk Jah cuma beri contoh yg dalam dunia ni ada ramai lagi budak kecil yg punya 'dunia dia sendiri' yg kadangkala orang dewasa tak boleh faham apa yg budak macamni selalu nampak. Kesian anak macam ni. Pada dia, dia buat tu tak ada salahnya pun. Lepas tu asyik kena marah-marah je. Itu kekurangan dia. Sepatutnya, kita yg normal ni bantu anak kecil macam ni untuk sama-sama boleh faham dan masuk ke dunia kita yg normal ni. Anak macam ni memang banyak kekurangan tapi tak perlu kita sebut-sebut atau terus pulaukan dia, taknak main dengan dia atau terus marah dia je. Contohnya, adik tak reti duduk diam. Abang atau kakak, peluk adik tu kuat-kuat dan pujuk, cakap, ok dik duduk sini diam-diam macam ni.. Abang kenalah tunjukkan adik macamana duduk diam supaya orang lain tak marah. Tunjuk dan main sama-sama dengan adik. Barulah adik tak kacau orang lain yg tengah main jugak. Kena tolong dia. Jangan biarkan dia sorang-sorang. Jangan asyik marah dia."

Semua mengangguk..

"Macam yg Cik Jah cakap tadi. Semua orang ada kelemahannya sendiri kan.. Kelemahan, keaiban orang lain kita buat-buat tak nampak dan tolong tutup. Kelak, Allah akan pelihara kita, tutup kelemahan dan keaiban kita kat padang Mahsyar nanti. Nak tak macam tu?"
"Nakkk!!!"

"Cik Jah ni boleh jadi guru kaunseling kat sekolah saya la Cik Jah.."

Pulak dah..

"Ok. Kesimpulannya apa untuk usrah hari ini?"

"Bercakap yg baik atau diamm.."

"Sama jugak untuk yg kedua dan ketiga. Nabi suruh kita hormati jiran dan tetamu yg datang ke rumah kita. Kamu semua tetamu Cik Jah. Jadi Cik Jah hormat pada semua orang sebab tu Cik Jah tak marah-marah walaupun kamu bising. Hormat jiran-jiran.. Balik nanti jangan bising-bising tengah jalan. Hormat jiran keliling. Jika kamu semua masih tak boleh buat 3 perkara ni, bermakna kamu belum benar-benar mempercayai Allah dan hari akhirat walaupun mulut kata percaya. Kerana itu, lepas ni keluar dari rumah Cik jah malam ni, kamu semua tarik nafas dan hirup udara segar lepas hujan ni. Dan jadilah orang yg baru! Sebab lepas ni kamu semua mahu Nabi Muhammad kenal kamu di padang mahsyar nanti kan?"
"Mahuu.."

"Beriman bukan hanya dengan mulut dan kata-kata, tapi buktikan! Cik Jah tersangat kagum dengan kamu semua yg datang malam ni walaupun hujan gerimis masih ingat nak datang usrah malam ni. Moga Allah terima amal baik kita semua dan malaikat mencatat yg baik-baik untuk kita tak kira apapun niat kita awal tadi. Cik Jah doakan semua yg datang malam ni akan berubah menjadi orang yg lebih baik dari sebelumnya dan berusaha untuk sayang Allah dan Nabi supaya kita semua akan beroleh syafaat Nabi Muhammad di padang mahsyar kelak. Amin.."

Dan seorang lagi anak perempuan menambah, "Semoga kita semua akan terus mendapat Hidayah Allah sampai kita mati nanti.."

"Amin!"

Semasa semuanya beransur pulang, di muka pintu saya terdengar perbualan sesama mereka.

"Eh, jangan cakap pasal Zaki lagilah.. Bercakap baik atau diam.."
"Jangan bising.. Hormat jiran.."
"Wah, sedapnya bau lepas hujan! Jadi orang baru! Jadi orang baru!"

Alhamdulillah 'ala kulli haal... ;)

Allahumma solli 'ala muhammad!



Ulasan

Catatan Popular