19 April 2013

Mengajar anak mengenal huruf hijaiyyah. (Terkini)




Sebelum ini, saya ada berkongsi di ruangan blog peribadi saya [khadijahgani.blogspot.com] bagaimana saya memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak-anak saya sendiri iaitu Fathi yg semasa itu berumur 3 tahun dan Fatihah berumur 2 tahun. Boleh membacanya di sini dan di sini.


Selepas perkenalan melalui kad imbas untuk beberapa ketika, tanpa tunjuk ajar saya tiba-tiba satu hari Fatihah membuka sendiri nyanyian Alif Ba Ta di youtube selepas di menonton upin ipin di tab saya ini. Ketika itu, saya terkejut kerana saya akan memantau ketat supaya dia tak buka 'benda lain' selain upin ipin sahaja.


Apabila saya melihatnya terpaku melihat nyanyian itu, barulah saya sedar yg anak saya sudah mengikut nalurinya sendiri di atas bimbingan Tuhannya. Alhamdulillah, ia satu gerak rasa yg baik. Sebelum ini, saya agak skeptikal untuk memperkenalkan nyanyian alif ba ta ini kepada anak-anak. Saya fikir, saya boleh mengajarnya secara tradisional. Lagipula saya tidak mahu menjadikannya 'gian' tab.