12 Jun 2014

Tujuan utama Kad Imbas Khadijah : Mengingati huruf hijaiyyah berdasarkan ciri dan bentuk huruf.




Semalam, ketika menunggu lama di dalam kereta, Fathi (5 tahun) & Fatihah (4 tahun) mengulangkaji huruf hijaiyyah.

(Belajar mengaji tidak semestinya duduk senyap membuka buku).

"Abang, Fatihah, apakata kita main teka teka nak? Abang soal mak la. Mak nak jawab soalan abang.."

"Ok. Good. Mak teka he ni huruf apa? Dia macam itik ada dua kaki. Tapi dia ada dua titik. Huruf apa huruf apa tu?

(Maknya pun buat buat tak tahu... Saja nak duga seberapa banyak yg dia tahu ciri dan bentuk huruf).

"Hmm.. Dia punya titik tu kat atas ke kat bawah? Ada dua titik bukan satu?"

"Ha. Dia ada dua je titik kat bawah macam kaki kita. Tapi dia bentuk macam itik."

"Macam huruf Ya je?"

"Betul! 11 bintang untuk mak! Ok, sekarang mak pulak tanya abang.."

"Yeayy! Mak dapat bintang! Ok sekarang mak pulak tanya he.. Huruf apa macam dua mata adik fahmi dan macam mulut fahmi bila senyum takda gigi ni?" (Fahmi, 1 tahun pun tersenyum bila diusik pipinya).