18 Februari 2014

Hijaiyyah vs Jawi.


Seperti biasa pulang dari tadika, saya akan bertanya kepada Fathi (masuk 5 tahun) apa yg dipelajarinya di sekolah tadi?

Fathi jawab, "Cikgu ajar Alif." (sambil tapak tangan berada depan mulut dan mengulanginya semula). "Alif... fff... Mesti tiup kat tangan cikgu kata."

"Oh, bagus cikgu dah ajar Alif Ba Ta.. Lagi?" (Walaupun Fathi dah lama kenal huruf tapi ini adalah cara baru membunyikan huruf yg dipelajarinya. Bagus!)

"Alif untuk awan. Ba untuk buku."

"Oh, bagus Fathi ingat cikgu ajar! Tapi, tu macam bukan Alif Ba Ta je. Tu macam Jawi je?"

"Cikgu ajar Alif Ba Ta lah mak. Cikgu ajar macamni Alif Ba Ta Tha Jim Ha Kho Dal Zal Ro Zay Sin SHin Sod Dhot To Zho Ain Ghain Fa Qof Kaf Lam Mim Nun Waw Ha Lam-alif Hamza Ya. Ha, gitu. Takde huruf Nya pun! Jadi bukan Jawilah mak.."

Erk! Betul juga.. Huhu..

--------------------------------------

Betul apa yg dikatakan Fathi apabila dia belajar tiada huruf Nya bermaksud itu bukan Jawi. Bermakna dia sudah memahami yg mana satu huruf Jawi mana satu bukan. Namun, inilah yg saya takuti. Dia hanya baru selesai belajar sampai huruf Ba.