18 Julai 2013

Usrah Cik Jah tiba-tiba.



Pagi ini saya terkenang-kenang pada satu sessi 'usrah tiba-tiba' bersama 12 orang anak mengaji.

Hadith no.2, Islam, Iman dan Ihsan. (Tidak sempat mengupas keseluruhannya).

" ...........(sambungan) Orang itu bertanya lagi : Beritahukan kepadaku tentang kiamat. Nabi s.a.w. menjawab : Orang yg ditanya tentang itu tidak lebih tahu daripada orang yg bertanya. Selanjutnya orang itu bertanya lagi : Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya. Nabi s.a.w. menjawab : Jika hamba perempuan telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yg tidak beralas kaki, tidak berbaju, miskin dan penggembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan. Kemudian, orang itu beredar tetapi aku masih diam tercengang. Kemudian Nabi berkata kepadaku : Wahai Umar, tahukah engkau siapakah yg bertanya tadi? Saya menjawab : Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Nabi s.a.w. berkata : Dia ialah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu."

Seperti biasa, selepas membacakan hadith, mereka tercengang. Ketika itu, saya tak pasti bagaimana mahu bermula.

Saya bertanya, "Faham tak apa yg dimaksudkan dengan 'hamba perempuan telah melahirkan tuannya' dalam hadith tadi?"