05 Disember 2014

Mengapa kita perlu mengaji dan suka untuk belajar mengaji?


Selalu saya bertanyakan soalan ini kepada anak saya Fathi (5 tahun).

Tujuannya supaya saya mahu dia tahu mengapa perlu mengaji. Saya tidak mahu dia mengaji kerana terpaksa atau rasa dipaksa oleh saya atau sesiapapun. Ikhlas itu penting dengan kefahaman.

"Sebab.... Tak tahu!" Jawabnya.

"Abang suka mengaji harini sebab tak lama lagi abang nak mengaji al-Quran besar macam mak. Abang kan suka tengok mak mengaji al-Quran besar kan? Bila abang suka mengaji maknanya abang rajin mengaji. Bila abang rajin mengaji maknanya sekejap lagi abang dah boleh mengaji al-Quran besar. Abang tahu tak ada apa kat dalam al-Quran besar tu?"

"Entahlah. Abang pun tengah fikir ni."

"Dalam al-Quran besar tu ada surat dari Allah. Bila kita sedih ke, susah hati, atau kita tak tahu nak buat apa dalam hidup kita, kita mesti baca apa yang Allah tuliskan buat kita. Sebab Allah je Tahu dan boleh tunjukkan jalan keluarnya. Abang nak tak baca surat dari Allah? Allah tulis apa untuk abang, untuk mak, untuk semua orang?"

"Nak! Nak! Ok.. Jadi sekarang ni abang akan fokusssss pada apa yang abang mengaji. Abang nak terus fokus supaya boleh mengaji al-Quran besar macam mak. Baiklah, mulai harini abang akan fokusss!"

*Angguk-angguk kepala sambil dahi berkerut*
Memang sekarang ini Fathi dan Fatihah asyik menyebut perkataan FOKUS ketika sebelum mula mengaji atau sebelum melakukan apa jua perkara yang dirasakannya memerlukan usaha yang berganda. Hehe..

Iklan : Bersama-sama kita FOKUS terhadap apa yang kita mahu lakukan dalam hidup ini sebelum bintang dan matahari bertembung antara satu sama lain, sebelum air laut melimpah menelenggami bumi dan segenap makhluk yang mendiami.


Asma' al-Husna


Asma' al-Husna.
Baru-baru ini, setiap pagi selepas tamat rancangan Tanyalah Ustaz TV9, (sebelum lagu UTC berkumandang dan sebelum mula rancangan Adik Tanyalah Ustaz), akan keluar lagu Asma' al-Husna yang dinyanyikan oleh peserta-peserta Da'ie TV3. (Saya tidak menonton rancangan ini tapi ambil tahu serba sedikit mengenainya).
Ianya satu usaha yang harus dipuji. Alhamdulillah, ada perubahan. Saya sokong.
Saya akan mengikuti nyanyian mereka. Tetapi hampa.... Sangat hampa dan kecewa. Mengapa?
Saya teringat seorang jiran datang ke rumah di satu petang semata-mata untuk bertanyakan satu perkara yang sangat bagus dan ianya sangat penting!
Kata beliau, "Akak selalu ikut nyanyian Asma' al-Husna dalam radio (rancangan tv semasa itu tiada satupun yang ada). Dalam masa yang sama akak lihat juga senarai nama-nama Allah dalam kertas ni. Tapi, akak peliklah kenapa Ahad ni diorang tak sebut ek? Dah banyak kali dengar semula pun masih sama. Diorang tak sebut pun." (sambil membulatkan perkataan tersebut besar-besar)!
Saya tersenyum... "Bagusnya akak! Kagum saya dengan akak. Alhamdulillah, akak ni jenis yang prihatin. Suka buat "homework" walaupun dalam satu lagu..Hehe.. Bagus tu kak! Masa saya di sekolah dulu, saya pun menyanyi macam mereka kak. Main ikut saja. Tapi, bila saya masuk UIA, barulah saya tahu yang selama ini saya nyanyi Asma' al-Husna ni tak cukup 99 nama.. Barulah nyanyian tu diperbetulkan supaya masukkan "Ahadu" tu."
"Habis, macamana yang selama ni kita nyanyi tu tak cukup 99 nama? Radio, sekolah semua nyanyi tertinggal 1 nama tu."
"Tak apalah kak. Kalau kita tak tahu tak apa-apa. Bila dah tahu kena sebutlah jangan tinggalkan lagi. Itulah.. Saya harap sangat rancangan tv ke radio ke pihak sekolah ke tadika ke mana-mana sekalipun dapatlah tahu info ni satu masa nanti. Nak tegur direct pun kita bukan kenal pun siapa-siapa yang kat atas tu. Mudah-mudahanlah kak.. Kita doalah sama-sama.."
Inilah menjadi harapan saya daripada dulu. Berharap orang yang lebih arif dan alim akan menegur dan memperbetulkan situasi ini. Siapalah saya. Saya dapat tahu pun daripada orang lain yang lebih berilmu.
Tertinggal perkataan "Al-Ahad" selepas Al-Wahid dan sebelum As-Somad dalam nyanyian Asma' al-Husna amat menyedihkan hati saya.
Marilah kita sama-sama cuba mengubah nyanyian tersebut. Ia sudah cantik apabila dapat kita amalkan ke atas anak kecil apalagi pada setiap hari di Tadika atau sekolah.
Namun, mohon recheck semula dan amalkanlah apa yang sepatutnya. Insha Allah.
Biasakan yang betul, betulkan yang biasa-biasa. Tak semestinya yang biasa itu betul.
Ma'attaufiq wannajah.
Like ·  ·