14 Januari 2015

Kad Imbas Khadijah dalam proses cetakan ke-3


Jika masih ingat lagi 1 kisah yang pernah saya kongsikan mengenai seorang anak mengaji yang sering dipanggil 'bodoh' satu masa dahulu.

Dekat setahun juga rasanya mereka tidak mengaji. Saya berhenti mengajar buat seketika. Saya baru saja mengajar semula sejak cuti sekolah yang lalu. Semalam, anak tersebut datang mengaji semula membuatkan saya sebak.

Kali terakhir saya mengajarnya menggunakan Kad Imbas Khadijah bersama anak-anak kecil yang lain kerana kroniknya dia untuk mengingat semua huruf hijaiyyah apalagi baris asas. Ketika itu usianya 7 tahun. Mendapatkan perhatian daripadanya amat payah. Hanya apabila saya mengeluarkan kad imbas ini barulah dia mahu duduk.

Hari ini, dia dapat membaca Iqra' 2 dengan sangat laju! Terkejut sebenarnya. Apabila ditanya, katanya sepanjang cik jah tak mengajar, dia tidak mengaji langsung. Tapi, bagaimana dia boleh mengingat?
Katanya dia dapat ingat pakai gambar yang cik jah ajar.

Subhanallah!