Kad Imbas Khadijah dalam proses cetakan ke-3


Jika masih ingat lagi 1 kisah yang pernah saya kongsikan mengenai seorang anak mengaji yang sering dipanggil 'bodoh' satu masa dahulu.

Dekat setahun juga rasanya mereka tidak mengaji. Saya berhenti mengajar buat seketika. Saya baru saja mengajar semula sejak cuti sekolah yang lalu. Semalam, anak tersebut datang mengaji semula membuatkan saya sebak.

Kali terakhir saya mengajarnya menggunakan Kad Imbas Khadijah bersama anak-anak kecil yang lain kerana kroniknya dia untuk mengingat semua huruf hijaiyyah apalagi baris asas. Ketika itu usianya 7 tahun. Mendapatkan perhatian daripadanya amat payah. Hanya apabila saya mengeluarkan kad imbas ini barulah dia mahu duduk.

Hari ini, dia dapat membaca Iqra' 2 dengan sangat laju! Terkejut sebenarnya. Apabila ditanya, katanya sepanjang cik jah tak mengajar, dia tidak mengaji langsung. Tapi, bagaimana dia boleh mengingat?
Katanya dia dapat ingat pakai gambar yang cik jah ajar.

Subhanallah!


Mengenal dan mengingat huruf tidak memerlukan hafalan. Hanya berdasarkan kesamaan rupabentuk dan ciri huruf yang ada dengan kejadian ciptaan Allah yang sering dilihat oleh kita semua. Tidak terhad untuk membuka buka.

Saya mengaku ianya agak berbeza daripada cara pembelajaran sedia ada dan tradisional. Anak-anak zaman ini sudah banyak berinovasi, cara pembelajaran mereka juga memerlukan sedikit inovasi.

Inilah tujuan asal saya mengambil keputusan untuk menerbitkan sendiri Kad Imbas melalui cara yang saya gunapakai selama ini. Sebenar-benarnya saya hanya ingin berkongsi cara ini supaya memudahkan ibubapa mengajar sendiri anak kecil di rumah kerana rumahlah sekolah pertama anak-anak. Tidak perlu mencari saya atau bersusah payah menghantar anak kecil ke tempat saya.

Alhamdulillah, ramai yang beroleh manfaat dalam diam atau dalam terang. Saya bersyukur atas ilmu Allah ini yang akhirnya dapat dikongsi ramai ibubapa/pengajar.

Cetakan pertama sejumlah 200 set sudah habis terjual melalui pre-order dalam tempoh 2 hari.

Cetakan kedua sejumlah 1000 set kini hanya berbaki 100 set saja dalam tempoh 8 bulan. Saya tidak bercadang mahu menerbitkan lagi dalam tahun ini. Namun, dengan jumlah hanya tinggal 100 set sahaja lagi dan ada permintaan untuk terus menjadi pengedar secara offline dan online, saya perlu mempercepatkan penerbitan semula.

Terkini, stok Kad Imbas Khadijah yang terakhir boleh didapati dihttp://bukuonline2u.com/ selain di Badan Cemerlang Bookstore Plaza Angsana Johor Bahru. Kali ini, benar-benar yang terakhir bagi tahun ini.

Saya bercadang untuk :

1. Mencari Investor yang berminat untuk Cetakan ketiga dengan beberapa penambahbaikan dan value-added berbentuk aplikasi android.

2. Mencari pihak yang boleh mengambil alih Pengedaran Kad Imbas Khadijah ke kedai-kedai buku sedia ada sekarang dan akan datang.

3. Mencari sesiapa yang berminat untuk mengeluarkan kad imbas sendiri. Saya melalui syarikat Nuun "Demi Pena" akan membantu dari segi penyediaan bahan hingga proses mendapatkan ISBN. Insha Allah.

Mudah-mudahan simbiosis ini dapat berlaku dengan sihat Lillahi Ta'aala.

Rujukan lanjut : http://kadimbaskhadijah.com/

Like ·  · 

Ulasan

Catatan Popular