Usrah Cik Jah tiba-tiba.



Pagi ini saya terkenang-kenang pada satu sessi 'usrah tiba-tiba' bersama 12 orang anak mengaji.

Hadith no.2, Islam, Iman dan Ihsan. (Tidak sempat mengupas keseluruhannya).

" ...........(sambungan) Orang itu bertanya lagi : Beritahukan kepadaku tentang kiamat. Nabi s.a.w. menjawab : Orang yg ditanya tentang itu tidak lebih tahu daripada orang yg bertanya. Selanjutnya orang itu bertanya lagi : Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya. Nabi s.a.w. menjawab : Jika hamba perempuan telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yg tidak beralas kaki, tidak berbaju, miskin dan penggembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan. Kemudian, orang itu beredar tetapi aku masih diam tercengang. Kemudian Nabi berkata kepadaku : Wahai Umar, tahukah engkau siapakah yg bertanya tadi? Saya menjawab : Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Nabi s.a.w. berkata : Dia ialah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu."

Seperti biasa, selepas membacakan hadith, mereka tercengang. Ketika itu, saya tak pasti bagaimana mahu bermula.

Saya bertanya, "Faham tak apa yg dimaksudkan dengan 'hamba perempuan telah melahirkan tuannya' dalam hadith tadi?"



Masing-masing menggelengkan kepala.

"Macamana kalau seorang bos/tuan rumah berkelakuan kepada driver atau pembantu rumah/kuli yg selalu kamu semua tengok di tv?"

Seorang demi seorang 'melakonkan semula' beberapa skrip drama melayu sambil ketawa-ketawa.

"Angkat barang saya sekarang!"
"Cuci baju saya sekarang!"
"Sapu lepastu lap semuanya sekali sampai bersih!"
"Cepat hantar saya ke pejabat!"

Saya menyambung.. "Haaaahhhh.. Macam tulah jugak kalau kita cakap yg serupa dengan ibubapa kita. Nak-nak ibu kita. Itulah maksudnya apabila 'seorang hamba perempuan melahirkan tuannya'. Anak yg menjadi tuan kepada ibubapanya sendiri. Mintak macam-macam. Suruh macam-macam. Bercakap kasar. Itulah tandanya kiamat dah makin hampir."

Seorang anak permpuan 14 tahun bertanya, "Cik Jah, saya tahu kalau kita cakap kasar dengan mak kita jadi anak derhaka. Tak baik. Tapi Cik Jah, macamana kita nak buat kalau mak kita asyik marahkan kita je. Macam kita sorang je yg buat salah. Adik-adik yg lain buat salah pun tak kena marah?!"

Tiba-tiba, si adiknya (10 tahun) menambah, "Derhaka kan Cik Jah kalau lawan cakap mak?! Ni semalam kakak saya lawan cakap mak saya CIk Jah! Lepastu masuk dapur nangis-nangis.. Apalah..!"

Si kakak melawan, "Yelah Cik Jah, mana tak marah! Mak suruh saya sapu rumah. Saya sapulah. Pastu, dia ni ha taknak bangun dok terbongkang depan tv tengah-tengah rumah tu orang nak sapu! Saya cakap banyak kali suruh bangun pun dia buat dek je! Saya geram saya sapu dia sekali! Pastu, saya yg kena marah, padahal dia yg patut kena marah! Bila hari lain pun gitu jugak Cik Jah. Sikit-sikit ngadu kat mak pastu saya kena marah. Kalau saya buat salah memanglah saya kena marah, tapi adik-adik buat silap pun saya pulak kena marah jugak. Mana aci!"

Si adik melawan sama, "Mestilah! Mak kan sayang aku! Engkau selalu lawan cakap mak memang la mak tak sayang engkau!"

Si kakak membuat muka menyampah dan terus mengungkit. Saya sengaja mendengar dan membiarkan mereka bercakaran sebentar. Walhal, ramai lagi kawannya yg lain turut mendengar dan sudah faham mereka berdua yg sentiasa bercakaran ini.

Setelah saya lihat muka si kakak seperti mahu menangis, saya terus menyelit.

"Cuba kakak beritahu CIk Jah satu kebaikan adik yg pernah dia buat untuk kakak?"

"Takde langsung! Banyak sakitkan hati adalah!"

"Ok. Cuba adik beritahu CIk Jah satu kebaikan kakak?"

Diam. Geleng kepala. Si kakak membalas, "Eh, banyak eh aku tolong engkau! Masa engkau nangis siapa yg selalu pujuk?"

Si adik tersengih-sengih. Lalu menjelirkan lidah.

"Cik Jah nak dengar sendiri adik sebut kebaikan kakak. Cik Jah taknak dengar orang lain yg beritahu."

Semua orang memandang si adik. Dia masih geleng-gelengkan kepalanya. "Takde pun Cik Jah. Akak selalu marah saya adalah! Sikit-sikit cubit. Sikit-sikit cubit! Cepat je tangan dia.."

Aduh... Bergaduh lagi..

"Dengar sini. Kenapa adik tak dapat beritahu Cik Jah walau satu pun kebaikan kakak?"

Senyap.

"Sebab kakak pun tak dapat beritahu Cik Jah walau satu pun kebaikan adik!"

Sepi.

"Kenapa kakak tak boleh beritahu Cik Jah walau satu pun kebaikan adik? Takkanlah 10 tahun adik hidup kat dunia ni takde satu pun dia buat baik? Sebab adik tak boleh beritahu Cik Jah walau satu pun kebaikan kakak! betul tak?"

Terpinga-pinga.

"Nampak tak? Selagi kita sendiri tak mampu melihat orang lain walau dengan satu kebaikan yg ada padanya, orang lain juga takkan dapat lihat kita walau dengan satu kebaikan sedikitpun. Selagi kita selalu melihat orang dari segi keburukannya, orang lain pun akan nampak kita dengan keburukan kita saja. Padahal, takkanlah selama mana kita hidup ni asyik buat yg jahat je takde yg baik langsung?"

Saya menambah. "Sebab tu, kalau kita nak orang lain tak kiralah adik-beradik ke, kawan-kawan ke, ayah ibu kita ke nampak kebaikan kita, diri kita sendiri dulu kena tengok orang lain tu penuh dengan kebaikan. Tutup mata pada keburukan mereka. Walaupun hakikatnya orang tu banyak buruk dari baiknya. Belajar untuk melihat orang lain melalui sisi baiknya. Nanti, mereka juga akan belajar untuk melihat diri kita melalui sudut baik kita pula. Faham?"

Semua terdiam.

"Habis Cik Jah, macamana saya nak kawal perasaan saya ni? Saya tak puas hati betul bila saya yg selalu kena marah walaupun tu bukan salah saya. Macam haritu, saya tahu mak saya marah saya. Tapi tu kerja adik. Dia yg tak buat. Saya pulak yg kena buatkan uuntuk dia. Pastu saya tertiinggi la suara sikit. Sikit je. Terus saya masuk dapur. Pastu saya menyesallah sebab saya cakap camtu dengan mak. Saya cuma geram je kenapa mak asyik backing adik je."

Lama juga saya terhenti. Hmm..

"Ok, bagus kamu sebenarnya ada rasa bersalah tiap kali 'terrrrlawan' cakap mak. Cuma Cik Jah nak beritahu sesuatu. Kadangkala, orang dewasa pun selalu buat silap. Bukan budak kecil je banyak buat silap. Orang dewasa pun ada masalahnya sendiri dan kadangkala tersalah pertimbangan. Nak-nak mak kamu seorang diri. Semua urusan keluarga kena buat seorang diri. Betul? Jadi, kamu anak-anaknya kena faham itu. Mak akan sentiasa tertekan sebab semua benda dia kena urus seorang diri. Takde yg namanya suami di sisi. Maka, maafkanlah kesilapan mak. Sebab semua orang tak sempurna apalagi bila ada anak ramai 5 orang kan adik beradik kamu? Berlapang dada pada kesalahan emak dan doakan lambat laun emak pasti dapat petunjuk daripada Allah dan sedar kesilapan dia. Apa saja yg kamu rasa tak puas hati, kamu doa dan cakap pada Allah. Allah je Maha Pemberi Hidayah. Dia akan tunjukkan pada mak kamu jalan dan cara sepatutnya dia layan kamu kelak. Yg penting, kamu adik-beradik cuba bersabar selama mana yg boleh dan jangan sesekali jadi tuan kepada mak sendiri. Faham?"

Masing-masing mengangguk. Lalu, seorang anak perempuan 12 tahun menyampuk.

"Cik Jah ni boleh jadi Guru Kaunseling la. Kat sekolah saya guru kaunselingnya tak best!"

Hahaha.. (Ada-ada jelah budak-budak ni)..

Nota: Saya tak mampu mengubah banyak perkara dan saya bukanlah yg terbaik di antara para pembaca sekalian.

Melihat melalui 'mata remaja dan anak-anak', cara yg terbaik dan menyantuni orangtua adalah dengan berlapang dada menerima kesilapan dan salah laku ibubapa kepada dirinya. Diiringi dengan doa supaya kelak apa yg terbuku di hatinya itu dapat difahami oleh ibu atau ayahnya melalui apa cara sekalipun dengan cara yg Allah kehendaki.

Manakala, melihat melalui 'mata orangtua/ibubapa' adalah sebaik-baiknya kita yg harus berubah terlebih dahulu dari segi mula memandang kebaikan anak dan memujinya walaupun ianya perkara yg kecil sekalipun sebagai tanda kita prihatin atas tingkahlakunya yg baik supaya dia akan mengulanginya di masa akan datang. Kurangkan marah. Tapi tegas bertempat dan kena pada orangnya. Lebih adil di mana kita boleh menjustifikasikan kemarahan atau pujian itu kepada siapa yg layak.

Allah mengurniakan anak-anak kepada kita bukan untuk dimarahi seumur hidupnya.

Cari jalan dan tambah ilmu lain untuk bagaimana mengurus marah. Malah, dengan marah sebenarnya itulah punca kita menjadi lebih stres. Saya sudah mengalami proses mengurangkan marah. Indahnya hidup bersama anak-anak jika kita dapat mengawal amarah kita. Hanya dengan cara itu sajalah anak-anak pula akan belajar untuk mengawal amarahnya terhadap kita.


Ulasan

Catatan Popular