Mengajar anak mengenal huruf hijaiyyah. (Terkini)




Sebelum ini, saya ada berkongsi di ruangan blog peribadi saya [khadijahgani.blogspot.com] bagaimana saya memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak-anak saya sendiri iaitu Fathi yg semasa itu berumur 3 tahun dan Fatihah berumur 2 tahun. Boleh membacanya di sini dan di sini.


Selepas perkenalan melalui kad imbas untuk beberapa ketika, tanpa tunjuk ajar saya tiba-tiba satu hari Fatihah membuka sendiri nyanyian Alif Ba Ta di youtube selepas di menonton upin ipin di tab saya ini. Ketika itu, saya terkejut kerana saya akan memantau ketat supaya dia tak buka 'benda lain' selain upin ipin sahaja.


Apabila saya melihatnya terpaku melihat nyanyian itu, barulah saya sedar yg anak saya sudah mengikut nalurinya sendiri di atas bimbingan Tuhannya. Alhamdulillah, ia satu gerak rasa yg baik. Sebelum ini, saya agak skeptikal untuk memperkenalkan nyanyian alif ba ta ini kepada anak-anak. Saya fikir, saya boleh mengajarnya secara tradisional. Lagipula saya tidak mahu menjadikannya 'gian' tab.





Rupa-rupanya fikiran saya sudah jauh ketinggalan!hehe... Anak-anak sekarang... Saya tak ajar pun, dia sudah pandai buka youtube sendiri. Baru 2 tahun.. Alahai.. Kerana inilah saya sedang memperlahankan kegiatan saya untuk memegang tab lama-lama di hadapan mereka. Sangat ngeri akan kesannya.

Setelah beberapa bulan meletak syarat 'ngaji dulu baru tengok upin ipin' yg bermaksud buka nyanyian alif ba ta terlebih dulu barulah beralih kepada kartun, ia menampakkan hasil! Dengan cepat Fatihah dan Fathi dapat menghafal susun huruf hijaiyyah dengan mudah.

Saya menambah 'dos' yg tersedia. Dengan menulis di white board. Oleh kerana, mereka 'pantang' melihat saya selalu menulis di white board dan mahu meniru aksi saya mengajar anak-anak mengaji, maka saya memberikan seorang satu marker white board khas untuk mereka menulis dan menconteng. Jika sebelum ini, asyik bergaduh kerana habis marker whiteboard saya musnah dimain-main oleh mereka.


Ya, sediakan marker khas untuk anak-anak. Dengan syarat, tutup marker tiap kali lepas menulis jika tidak, tak boleh menulis lagi, dakwat akan kering. Mereka faham! Mereka jaga marker mereka masing-masing dengan baik sekali!

Bermula dengan alif ba ta sambil membunyikan huruf seperti membaca kad imbas.

Bermula dari situ, mereka 'gian' menulis pula. Di mana-mana mahu menulis. Abahnya membelikan buku kecil khas untuk mereka menulis. Hingga dapat permainan KFC yg boleh menulis itupun mereka mahu gunakan untuk menulis alif ba ta. Biarkan saja.

Biasanya, mereka akan menyanyi alif ba ta tak kira waktu dan tempat. Semasa bermain, semasa mandi, makan, membuang hajat dalam bilik air, nak tidur. Setiap masa. Dan semasa tersalah membaca, saya hanya membacakan semula yg betul sahaja. Jangan kritik apa-apa.

Untuk menghargai dan mendorong mereka lebih lagi, saya belikan Fathi kertas imbas besaaarrr yg boleh ditampal pada dinding rumah! Ya, dia membacanya sambil menunjuk-nunjuk huruf di dinding hampir setiap masa. Tampal pada ketinggian setara anak-anak.


Cuma, kertas itu mengandungi huruf-huruf jawi. Saya memberikan penerangan bahawa ini ialah huruf jawi, ada huruf yg tiada dalam Quran. Dia mengangguk. Entah faham atau tidak.hehe..

Banyak cara sebenarnya untuk memperkenalkan huruf hijaiyyah ini kepada anak-anak. Jika satu cara tidak menjadi, boleh cuba pelbagai cara lagi secara kreatif mengikut kesesuaian anak-anak. Apa yg paling penting ialah :

1. Jangan betulkan pelatnya. Atau ketawakan sebutannya. Abaikan saja bunyi pelat itu.

2. Jangan tegur atau jangan katakan "Ini salah." "Ini tak betul". Sebutkan saja bunyi yg betul apabila mendengarnya menyebut huruf yg salah. Tunjukkan saja cara menyebut yg betul. Contohnya, huruf Tha. Saya selalu tunjukkan begini - "Gigit lidah sikit kat depan dan bunyikan tha". Dia ikut dan belajar.

3. Biarkan saja tulisannya yg senget, tak betul dan caca marba itu. Puji usahanya yg gigih menulis dan mahu menyebut sambil menulis.



4. Doakan mereka [selepas solat] dengan suara yg boleh didengari mereka. Contohnya - "Ya Allah ya Tuhanku, jadikan Fathi dan Fahmi anak yg soleh. Jadikan Fatihah anak yg solehah. Jadikan semua anak-anak mak orang yg rajin menunaikan solat dan rajin mengaji. Amin."

5. Jangan membebel atau menyuruh-nyuruh atau mengajak anak belajar dengan suara yg tinggi atau marah-marah. Apabila ibubapa mendorong sedikit demi sedikit [seperti cara di atas], akan timbul kemahuan untuk mengaji dengan sendirinya. Apabila mereka sudah terdorong untuk belajar mengaji tak kira masa, layankan saja bila-bila waktu mereka mahu belajar. Adakalanya hingga tak terlayan!

Sekarang, Fathi 4 tahun sudah boleh menulis dengan mahir Alif Ba Ta dan Tha dan sedang berusaha untuk huruf seterusnya. Fathi dan Fatihah [yg masuk 3 tahun] uga sudah mula mengingat kesemua huruf Alif hingga Ya dengan lancar sekali.

Sebutannya semakin jelas. Dan yg paling ketara, pelatnya sudah semakin berkurangan. Percakapannya dalam bahasa melayu menjadi semakin teratur dan sangat terang!

Inilah ubat sebenar untuk mengatasi masalah anak yg pelat!


Nota :

Secara peribadi, saya berpendapat memori anak antara 1-6 tahun amat jernih dan amat mudah untuk apa saja jenis hafalan.

Jika banyak Oppa gangnam style yg dilihatnya di tab/laptop, semakin mahirlah si anak menari apa saja bentuk tarian.

Jika banyak yg dilihatkan dengan nyanyian alif ba ta atau surah al-Quran, semakin kuatlah ingatannya menghafal huruf-huruf yg dimainkan dan ayat-ayat yg diperdengarkan.

Namun, saya memilih untuk menyertakan sekali hafalan mereka bersama kefahaman [tulisan].

Dengan ini, mereka hafal dan faham [memori, pengalaman dan latih tubi].

Berbeza dengan hafalan semata [memori dan latih tubi].

Wallahu 'alam...






































Ulasan

Unknown berkata…
Salam...
Sekarang ni memang anak2 pandai belaka. Diorang belajar tengok saja boleh tiru dan buat.
Tambahan pula, zaman sekarang juga ada alat bantu yg canggih dan hebat.... hanya guna pen saja....anak2 jadi mudah belajar baca.....
Alhamdulillah......
http://www.muslimchoices.com/?p=pen_pintar_my_iman&s

Catatan Popular