Usrah Cik Jah 3


Dari Usrah Cik Jah 3.

Malam ini yang dapat hadir usrah tidak berapa ramai. Hanya 6 orang. Dua orang daripadanya sanggup menunggang motosikal dari kawasan agak jauh. Pada mulanya, tak tahu lagi mahu bercerita atau membacakan hadith untuk malam ini. Sedang membelek-belek buku Hadith 40, mata tertumpu pada Hadith no.36 ini.

Maksudnya : Sesiapa melepaskan salah satu kesusahan dunia daripada seorang mukmin, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahan pada hari kiamat daripadanya. Sesiapa yang memudahkan orang yg tengah dilanda kesulitan maka Allah akan memudahkannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya. Sesiapa menempuh satu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allah dengan membaca kitab Allah dan mempelajarinya bersama-sama kecuali bahawa ketenteraman akan turun kepada mereka, malaikat akan menaungi mereka di hadapan makhluk yg di sisiNya dan sesiapa yang lambat (kurang) amalannya, maka tidak akan dipercepat mengangkat darjatnya.

1. Meringankan kesusahan/kesulitan orang lain kelak Allah akan meringankan kesusahan kita di akhirat kelak.

2. Setiap orang dalam dunia ini ada baik, ada buruknya. Aib itu keburukan orang lain. Sesiapa yg menutup aib orang lain, Allah akan menutup aib kita di padang mahsyar nanti.

Saya menambah, "Sebab itu, kalau tengok di tv atau radio bercerita tentang aib dan keburukan orang lain sampai dalam kain pun nak bercerita, baik kita tutup mata dan telinga pergi jauh dari situ je.."

Seorang anak lelaki menyampuk, "Tutup je tv terus..."

"Hmm, bagus jugak idea kamu itu.." hehe..



3. Bila kita berkumpul samada di masjid atau di mana-mana sekalipun, membaca kitab Allah (mengaji al-Quran) dan membaca hadith Nabi, maka Allah memudahkan bagi kita jalan ke syurga..

"Seronok tak? Senang je kan jalan-jalan menuju syurga? Jadi, Cik Jah sangat kagum dengan semua yg dapat datang malam ni membaca Yasin dan baca hadith ni sama-sama. Walaupun sikit, tak mengapa. Inilah jalan kita menuju syurga. InshaAllah.. Kalau takdirnya umur kita tak panjang dan meninggal dalam perjalanan balik rumah ni, inshaAllah mudah jalan kita pergi ke syurga."

Mereka bersorak, "Yeayy... Senangnya ke syurga! Nasib baik saya taknak join diorang yg buat pertandingan joget-joget kat atas tu malam ni.."

Erk..!
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nota tambahan : Petua untuk anak-anak menjadi tenang dan boleh berkelakuan baik ialah dengan membanyakkan bacaan al-Quran dalam rumah sendiri.



Ulasan

Catatan Popular