CERITA 9 : Ujian Penilaian



Ujian Penilaian untuk Iqra' dan al-Quran dibuat. Saya ubah sistem pemarkahan sebelum ini yg lebih tertumpu kepada kiraan kesalahan bacaan kepada kiraan bacaan yg betul.


Ini laporan ujian penilaian anak mengaji yg tidak lulus sebelum ini. Lebih 3 kesalahan dikira tidak lulus.

Hari ini saya akan membuat borang penilaian ujian yg baru dan sudah pun menerangkan sistem pemarkahan berdasarkan kiraan yg betul sahaja di mana memerlukan 25 markah dan ke atas untuk lulus.





Manakala, markah penuh 30. Mereka bertanya, kalau dapat markah penuh dapat hadiah tak? Saya katakan, mestilah!hehe..

Cuma 3 markah terakhir itu saya beritahu mereka ia adalah rahsia. Saya bercadang utk tanya mereka apa tujuan mereka datang mengaji dan juga memberi markah atas usaha yg dipamerkan kelak.


Ini pula laporan ujian penilaian anak yg lulus mengaji mengikut tempat belajar terdahulu.



Borang penilaian baru yg digunapakai semalam. Kategori Al-Quran. Anak ini memperoleh markah paling tinggi.

Bagi kategori Iqra'. Anak ini memperoleh markah kedua tinggi. Hanya seorang saja yg memperoleh markah 30/30. Itulah Farish yg sangat pelat. Ramai yg mencemburuinya sekarang kerana markah 30 ini.

Saya hadkan markah lulus ialah 25/30. Bagi kategori al-Quran hanya anak ini yg tidak mencapai markah lulus. Tapi saya tak mahu tulis perkataan 'tidak lulus' itu.. Saya gantikan dengan perkataan 'Bacaan yg bagus' sahaja.

Tujuannya supaya anak ini tidak lagi melihat dan membaca perkataan 'Tidak Lulus' seterusnya imej itu yg akan terus tertanam dalam minda bawah sedarnya tanpa disedari.

'Bagus' adalah merujuk kepada usahanya yg telah dilakukan untuk mengaji dengan betul. Anak ini bukan tidak tahu cuma cemerkap sedikit saja.


Ulasan

Catatan Popular