Mengajar anak 4 tahun mengaji & tip mengajar mengaji anak sendiri



Umurnya hendak masuk 5 tahun (masih 4 tahun). Dahulu, anak ini paling susah mahu fokus. Bermula dari zero, tidak tahu satu huruf sedikitpun. Asyik mahu bermain. Tak mahu duduk diam tunjuk buku.

Pelatnya juga sangat pekat. Da disebut Ta.

Pejam mata pada kesalahan. Biarkan dia bermain sebentar. Dan pandu sebutan yg betul saja. Tak perlu mengkritik, menegur pelatnya atau membebel memarahinya.

Anak kecil sangat jujur dengan emosi dan tingkahlakunya. Dia akan membuat sesuatu berdasarkan perasaannya saja. Tiada gunanya marah-marah di atas kejujurannya.

Biasakan dia mengikuti mendengar dan mengikut saja abangnya (Iqra' 2) mengaji. Biarkan dia bermain. Lama kelamaan, dia akan dapat cepat mengingat walaupun lebih banyak bermain.

Selepas 6 bulan.

Hari ini, pagi-pagi lagi dia datang berbasikal bersama kakak dan abangnya dengan penuh semangat! Sampai-sampai saja [makan-makan, berbual-bual terlebih dahulu] terus buka Iqra' dan memaksa saya cepat mengajarnya mukasurat baru. Bacaannya semakin terang dan laju. Ingatannya sangat jelas.



Hasilnya, setiap hari mendapat 30 markah dan bintang bertaburan!

Mahu masuk 5 tahun, tiada sedikit pun dorongan dari rumah, sudah lancar Iqra' 1... Sungguh saya kagum dengan anak orang ini!




Tip pantas mengajar ngaji anak sendiri :

Untuk anak berumur bawah 1 tahun, biarkan dan biasakan dia mendengar orang mengaji.

Untuk anak berumur 2 tahun, biarkan dia bermain sambil mengikut bacaan 'rakan sebayanya' yg sudah tahu. Atau bermain membaca bersama flash card.

Untuk anak berumur 3-4 tahun, apabila sudah mengenal huruf, biasakan dia membaca Iqra' atau Muqaddam. Lihat prestasinya. Jika boleh terus membaca Iqra' 1, jalan terus!

Nota : Apabila anak kecil sudah mula suka mengaji, mereka akan kurang menonton kartun kegemarannya. Malah, tidak mahu menonton tv langsung dan memaksa anda mengajarnya sehingga anda yg tertidur kepenatan pula. Hehe...

Fathi 4 tahun, Fatihah 3 tahun & Fahmi 4 bulan.

1. Tidak memaksa anak mengaji.
2. Biarkan dia mengaji atas kerelaannya sendiri.
3. Menunjukkan padanya yang mengaji ini sangat menyeronokkan (memerlukan masa yang panjang sebelum dia mahu mengaji dengan sendiri tanpa disuruh-suruh).
4. Memberi gambaran yang baik untuk selalu mengaji.

Kesan : Fathi sudah boleh mengenal huruf dan membaca Iqra' 1 hingga huruf dal dengan lancar sekali. Manakala Fatihah, masih belum mengenal huruf yang berbaris lagi dan sedang berusaha mengingatinya. Namun, Fatihah lah yang paling rajin membuka Iqra' dan membaca alif hingga ya sampai habis.



Ulasan

Catatan Popular