CERITA 7 : Kelas Tajwid pertama



Semalam saya buat kelas tajwid. Saya bercadang untuk mengajarkan tajwid kepada mereka sebelum mereka menjalani ujian penilaian yg biasanya telah dibuat oleh ustazah mengaji terdahulu. Tapi saya sudah terlupa untuk memuji dan mengiktiraf kehadiran mereka walaupun ada yg lambat [saya tak marah hanya terlupa memuji].

Pada permulaan, kelas saya itu huru hara.. Maklumlah, ada 3 org budak bawah umur 7 tahun yg masih mengaji Iqra' dan 5 lagi [semuanya sekolah rendah] yg sudah mengaji Quran dan ada yg sudah mahu khatam. Penerangannya harus berlainan tapi mereka duduk dlm 1 tempat dan 1 suasana [hanya di ruang tamu rumah saja].

Anak yg umurnya 6 tahun ini suka buat hal sendiri, seorang lagi terlebih ke hadapan pula, sikit-sikit mahu dengar dia yg membunyikan huruf. Yg berumur 4 tahun pula sikit-sikit mahu sentuh apa yg saya tulis di papan putih, suruh bunyikan dia malu-malu pula.

Manakala, yg bersekolah rendah pula masing-masing 'loyar buruk' pula dan bergosip sesama sendiri. Saya harus tinggikan suara utk mendapatkan perhatian mereka. Mahu terkeluar rasanya semua isi perut ini.huhu...



Kemudian, seorang budak darjah 6 yg paling kuat loyar buruknya berkata, "Hari ni kita belajar je ke? Tak payah mengaji? Kalau tahu tadi tak payah bawak al-Quran. Buat penat je."

Lalu saya pun katakan dgn nada yg perlahan kerana tak sangka dia anggap Quran ini membebankan.

"Kita mengaji Quran ni supaya nanti dalam kubur Quran ada sebelah kita temankan kita. Mak bapak kita takde, kawan-kawan takde. Dalam kubur tu gelap, sejuk, sorang-sorang, takut. Siapa yg nak temankan kita? Quran jelah jadi kawan kita masa kita sorang-sorang nanti. Quran yg akan bawakan cahaya utk kita kalau kita suka bawa Quran sekarang."

Suasana sepi seketika. Semua terdiam. Dia menambah lagi, "Kalau ada kembar seiras? Dia kan boleh temankan.." Aduhai... Saya cuma jawab, "Takde maknanya.."

Semua orang tergelak. Kawan sebelahnya tepuk belakangnya, "Apalah engko, cakap banyak je.."

Selepas itu, tanpa disedari barulah saya dapat fokus mereka yg lebih tinggi. Sangat lancar tidak lagi perlu ketuk papan putih lagi. Walaupun 3 orang budak kecil tadi bermain dan sangat bising di ruangan yg sama, mata semua masih tertumpu ke papan putih. Saya pun tak tahu bagaimana mereka boleh fokus dlm keadaan begitu.

Si loyar buruk sudah tak cakap merapu lagi. Yg berbual dan bergosip tadi pun sudah fokus pada papan putih. Bila suruh bagi contoh seorang satu ayat berdasarkan hukum masing-masing berebut mahu cakap dulu. Yg tak disangka si loyar buruk tadi tak menoleh ke kiri kanan langsung dan dialah yg paling banyak berikan contoh [walaupun minta 1 saja].. Sangat mencabar rupanya mengajar anak yg kecil dalam masa yg sama bercampur tempat dengan anak yg besar!

Apabila seorang ibu sudah datang mahu mengambil anaknya balik, saya berhentikan pembelajaran dan akan menyambung esok. Tapi, anak-anak ini berkata, "Alaaa, sambung jelah habiskan malam ni. Esok bukan sekolah pun."

Saya katakan, "Takpelah, kasihan ibu dia menunggu.. Esok saja kita sambung. Tapi datang cepatlah.." Yang lagi seorang [yg sibuk bergosip tadi] cakap, "Diorang balik, Cik Jah sambung jelah ajor kitorang. Kitorang nak belajar lagi ni."

Hehehe..... Hasilnya, belakang saya tak sakit, itu petunjuk yg saya tak stres.hihi...

Walaupun saya tahu saya agak mati akal untuk menjawab semula si loyar buruk tadi dan saya hanya menjawab 'mengikut bahasa mereka' (mungkin ada jawapan yg lebih baik daripada saya), saya dapati apabila kita tak tegur kesilapannya seperti "Mana boleh cakap macamtu!" malah, terangkan saja apa yg perlu dan sepatutnya dengan sendirinya mereka akan sedar akan kesalahan mereka.

Yang pastinya, saya akan memperbaiki penyampaian saya. Maklumlah, dah lama tak mengajar di depan anak-anak yg bervariasi umur begini. Kalut sebentar..

[Walaupun dah baca berulangkali tapi bila praktikalnya habis semua dilupakan... Aduhai..] *tepuk kepala sendiri*

Ulasan

Catatan Popular