CERITA 6 : Doakan Anak



Terdengar doa Fathi (3 tahun) dan Fatihah (2 tahun) setiap kali selepas sembahyang [dengan bahasa pelat masing-masing] :

"Ya Allah, jadikan abang anak yg soleh, Tiha anak yg solehah, abah cepat baik, adik dalam perut duduk diam-diam. Amin." 

Selama ini, hanya perut saya saja terasa sejuk tiap kali mendengar doanya. Entah kenapa kali ini, doanya mengetuk pintu hati saya dan betul-betul memberi kefahaman yg tidak saya sangka. Tak semena-mena teringat tips yg dah lama saya baca daripada Puan Ainon Mohd.

Puji pelajar/anak di depan orang ramai dan selalu doakan mereka supaya mereka mendengar apa yg kita doakan itu - Asas Teknik



Sebelum saya mengaplikasikan sepenuhnya Teknik Nabi ini ke atas anak-anak, rupa-rupanya anak saya sudah menggunakan teknik ini ke atas saya dahulu! Maka, saya cuba aplikasikan kefahaman yg baru saya dapat semalam.

Selepas solat Zohor tadi, Fathi ada di sebelah saya [kebiasaannya saya memang biarkan anak-anak tengok saya solat, kacau pun takpe] dan saya dengan sengaja 'menguatkan suara' supaya Fathi dapat mendengar.

"Ya Allah, jadikan Fathi anak yg soleh, Fatihah anak yg solehah dan adik dalam perut anak yg soleh. Jadikan mereka orang yg rajin mendirikan sembahyang dan juga rajin mengaji."

Fathi ketika itu melihat saya tanpa berkelip. Dan terus berkata, "Aminn..."

Fathi terus bangun dan ambil buku cakap, "Mak, nak ngaji." [Tak payah suruh-suruh lagi hehe].

Nota : Sebelum ini saya hanya mendoakan anak-anak di dalam hati. Tak terfikir untuk berdoa dalam nada yg boleh didengari anak- anak.

Ingin saya kongsikan sedikit tip : Biarkan anak melihat ibubapanya bersolat sejak kecil. Mereka kacau tak mengapa, ada caranya mengawal keadaan ketika anak kacau kita sedang solat. Yang penting, doakan mereka di hadapan mereka supaya mereka boleh mendengar apa yg kita doakan untuk mereka.

Walaupun Allah Ta'ala Maha Tahu, puji mereka [di dalam doa] di atas kelakuan mereka yg baik [walaupun ada yg tak baik]. Supaya doa itu lambat laun akan dihadam oleh si anak dan mereka akan berkelakuan baik seperti dalam doa. Mungkin bukan hari ini, tapi hidayah Allah Ta'ala itu boleh tiba pada bila-bila masa.

Bersabarlah..


Ulasan

Catatan Popular