CERITA 11 : Mengurus tingkahlaku anak kecil




Malam ini juga sebenarnya buat pertama kali saya dapat mengawal keadaan yg selalu riuh rendah apabila bercampur antara anak yg kecil dan anak yg besar. Selain mereka berempat ada 2 orang lagi budak kecil 6 tahun dan 4 tahun.

Biasanya, merekalah yg bermain-main dan membuat bising mengganggu abang dan kakak yg besar menulis di papan putih. Kali ini awal-awal lagi saya sudah memberinya 'tugasan khas'.

Mereka juga tak mengaji malam ini kerana buku Iqra'nya tertinggal di rumah. Tapi saya tak marah langsung. Kebetulan, di depan saya ada buku ABC bergambar kepunyaan anak saya jadi saya ajarkan saja ABC kepada mereka berdua ini dahulu.hehe...



Sebenarnya, saya teringat status di wall Puan Suhaili yg berbunyi, 'anak-anak akan buat perangai apabila tiada aktiviti yg harus dilakukan untuknya'.

Maka, tugasan khas yg bersesuaian dengan anak kecil Iqra' ini ialah si abang yg pandai ini mengajarkan Alif Ba Ta sehingga Ya sambil menulis di atas kertas.

Selesai menulis huruf, tulis semua huruf yang berbaris di atas pula. Hasilnya, mereka senyap belajar berdua di dalam rumah permainan anak saya ini tanpa gangguan. Dan mereka juga berhenti mengganggu orang lain.



Nota teknik : Tutup mata atas kesalahan. Tidak marah/membebel kerana bising dan mengganggu rakan. Memberikan tugasan/aktiviti khas buat mereka.

Ulasan

Catatan Popular