Jangan menghukum


Melihat anak-anak mengaji yg kecil-kecil keluar masuk tanpa berselipar saya melarangnya untuk terus keluar.

"Jom masuk! Tengok kat luar ni kotor Cik Jah tak sempat nak sapu lagi depan ni. Banyak sampah ni.. Ish ish ish.."

Mereka mengekori saya masuk dan duduk. Saya terus saja mengajar mengaji. Saya tercari-cari seorang lagi anak berusia 6 tahun. 'Terlepas' lagi agaknya.. Tengok-tengok..

"Eh, alahaiii rajinnya awak tolong sapu sampah rumah Cik Jah! Terkejut Cik Jah! Macamni bersih la rumah Cik Jah.. Kagum Cik Jah awak tolong sapu sampah walaupun Cik Jah tak suruh. Bagusnya.. Cik Jah suka!"

Kakaknya mencelah, "Alah, Cik Jah. Dia kat rumah tak pernah pun sapu sampah bila mak kita suruh. Selalu kena pelepuk adalah! Asik-asik kita je yg kena sapu. Dia memang pemalas! Mak kita selalu cakap dia ni pemalas. Mak suruh dia, dia suruh kita balik.."



Saya agak terkesima. Tak pernah sapu di rumah? Tapi, tengok gayanya seperti sudah biasa menyapu dan sangat bersih dia sapu luar rumah saya ini.

"Takpe, lepas ni adik akan jadi lebih rajin tolong mak sapu rumah. Jangan cakap dia pemalas. Lain kali kalau mak suruh dia sapu rumah, kakak cakap baik-baik kat adik, minta baik-baik. Katakan, adikku yg rajin, tolonglah sapu rumah. Tengok macam tadi Cik Jah tak suruh pun dia sapu sampah. Kan dia rajin sebenarnya tu.."

"Alah, saja je dia nak tunjuk tuh.."

Saya terdiam.. Tiba-tiba, si adik berkata, "Cik Jah, kalau kita tolong orang sapu sampah, kita dapat pahala kan?"

Terkejut saya. Tak pernah dia bercakap tentang pahala atau menyatakan pemikirannya sebegitu sekali sepanjang dia mengaji di sini. Dia jenis yg pendiam. Banyak memendam.

"Betul tu. Bila kita tolong orang tanpa disuruh kita boleh dapat banyak pahala. Bagus awak fikir macamtu. Tapi bila kita di rumah dapat tolong mak lagi dapat banyak pahala!"

Dia keluar semula. Saya lihat kali ni dia mengambil penyodok dan penyapu semula. Entah bahagian mana pula yg dia mahu sapu.

Saya terpaksa berhentikannya menyapu dengan memanggilnya masuk untuk mengaji pula..hehe.. Pelik juga saya. Malam itu, bacaannya sangat lancar dan laju tidak seperti kebiasaannya.

Dia seorang yg cemerlang prestasi dan akhlaknya. Walaupun di rumah dia 'digambarkan' dengan seseorang yg berlainan.

Nota : Apabila kita memandang anak-anak penuh dengan 'hukuman' yg negatif, mereka akan berkelakuan yg serupa dengan apa yg kita sangka dan fikirkan. Sangat berbeza anak yg punya 'akaun emosi yg tinggi dengan akaun emosi yg rendah'.

Banyakkan memuji anak (puji usahanya dan fikirannya BUKAN orangnya).

Elakkan menghukum mereka dengan fikiran melalui kata-kata dan tindakan.

Tambahan : Baru-baru ini, si adiknya pula datang mengaji dan bertanya semula kepada saya seperti tidak percaya, "Cik Jah, betul ke hari tu abang sapu rumah CIk Jah?"

Hehehe... Saya percaya cerita ini sudah tersebar ke seantero rumahnya dan kaum kerabatnya..


Ulasan

Catatan Popular