Usrah Cik Jah




Kelmarin darah saya menyirap apabila terdengar mereka membuat bising dan terjerit-jerit di luar rumah sewaktu maghrib. Hari itu tak mengaji. Mereka datang hanya untuk membeli aiskrim.

Mereka memberi salam. Saya buka pintu. Ajak semua masuk.

Dengan ekspresi muka saya ketika itu, mereka tahu saya sedang marah. Semuanya takut untuk masuk. Saya hanya berdiam diri di depan pintu. Dua orang daripadanya dengan segera memanggil yg lain.

Setelah semua masuk, saya katakan, "Ikut Cik Jah baca Yasin."



Kemudian saya diam saja. Saya tak suruh apa-apa. Semasa saya membaca, ada yg terkuis-kuis mencari Yasin di rak, ada yg buka al-Quran mencari surah Yasin. Mereka ikut perlahan-lahan hingga akhir.

Selesai membaca, saya minta salah seorang sukarela membaca doa sesudah Yasin. Mereka tolak menolak. Akhirnya, yg paling tua membacanya perlahan. Dia hanyalah kawan kepada anak mengaji saya. Dia tak pernah mengaji dengan saya lagi tapi dia suka ikut mereka datang mengaji setiap malam.

Bacaan doanya agak bagus. Walaupun ada kesilapan, saya hanya aminkan saja.

Setelah itu, saya bacakan sedikit tafsir surah. Mereka mendengar dengan khusyuk sekali.

Di akhirnya, saya katakan beberapa perkara yg membuatkan saya geram pada mereka tadi. Iaitu jangan membuat bising dan berkeliaran di luar sewaktu maghrib. Hormat jiran-jiran. Jika tidak tahu baca Yasin di rumah, boleh datang ke sini kita baca Yasin ramai-ramai. Tapi jangan bising. Sudah baca Yasin baru boleh beli aiskrim.

Senang saja rupanya berbicara dengan mereka. Mereka sangat patuh. Mereka pulang dengan rasa gembira sambil memakan aiskrim di tangan.

Nota : Selepas ini, akan wujud pula 'Usrah Cik Jah'.

Ulasan

Catatan Popular