Tips seterusnya : Kad Imbas Khadijah

Nur Sakinah Ahmad
Baru seminggu saya menggunakan kad imbas khadijah. Saya suka inovasi kad imbas ini yang menggunakan benda sekeliling untuk memudahkan anak saya mengingati huruf-huruf hijaiyah dengan mudah! "Alif" mcm pokok, "Sin" macam rambut anak aro lelaki, "jim" mcm mentol lampu etc.. mereka semua boleh ingat nama huruf bila saya bagi hint gambar di sebelah kad imbas sahaja (sambil saya memandu, masak etc!!)

Dan yang paling best, selepas tiga hari ajar mereka yg menuntut utk belajar. Mereka tertunggu-tunggu masa belajar dengan kad imbas khadijah sebab ianya sesi yang menyeronokkan (dengan selingan berebut tempat depan cikgu-mama, berebut nak sebut huruf, berebut nak pegang kad...huhu)

Saya combinedkan 3 orang anak sekaligus, 6thn, 5thn dan 2thn. Memanh meriah dan menyeronokkan!!!

Terima kasih khadijah.. awak dah buat saya "melabur" utk saham akhirat, dengan mengajar anak-anak alQuran





Membaca perkongsian sahabat lama Nur Sakinah Ahmad membuatkan saya tersenyum dan turut merasa bahagia.

Alhamdulillah, niat saya hanyalah untuk menyediakan alternatif dan memudahkan ibubapa mengajar sendiri anak-anak ilmu asas ini di awal usia. Merekalah saham utama yg harus dilaburkan seawal yg mungkin.

Sebelum mendapatkan kad imbas, saya memberikannya Mini E-Book Panduan Caraguna Kad Imbas Khadijah. Ini telah membantu beliau bersiap sedia secara mental untuk menggunapakai kad imbas unik ini. (Saya mengakui ia tidak sama langsung dengan kebanyakan caraguna kad imbas lain yg ada di pasaran kini).

Maka, caranya ada sedikit berlainan.

Cara dan aplikasi yg betul telah berjaya dilakukan ibu yg gigih ini.

Untuk tips seterusnya, saya kongsikan di sini.



Setelah anak-anak sudah dapat mengingat dan mengenalpasti ciri huruf melalui "key word" yg kita berikan, seterusnya aplikasi huruf dengan mana-mana baris asas.

Contohnya semasa saya dan anak-anak di dalam kereta. Saya akan katakan begini,

"Eh eh.. Mak nampak pokok! Pokok macam huruf apa?"

"Alif!"

"Ok betul.. Alif kalau baris depan (kena muncung mulutkan?) bunyinya macamana?"

"Uuuuu!"

"Bagus! Betul! Emm, kalau Alif baris di bawah?"

"Ieee!"

(Dan seterusnya)..

Semasa nak makan mee nampak taugeh pula.

"Taugeh macam huruf apa ek?"

"Mim."

"Kalau mim baris bawah, bunyinya macamana?"

"Miiii!"

Hahaha...

(Seterusnya, boleh disebutkan mana-mana huruf dengan mana-mana baris yg mahu mereka sebutkan. Jika tersalah, betulkan sahaja. Suasana semasa makan atau di dalam kereta, atau semasa melawat zoo juga bertambah ceria!)


Kesimpulannya : Belajar bagi anak-anak kecil tidak harus dibataskan di hadapan buku dan perlu duduk diam sahaja. Ajarlah mereka tak kira masa, di mana jua dengan cara yg dapat menawan hati mereka. Insha Allah, ini akan memberi persepsi yg positif bagi menggalakkan mereka untuk berasa mahu dekat mempelajari ilmu membaca al-Quran di masa mendatang.

Ulasan

Catatan Popular