10 April 2013

Anak 2 tahun mengaji (Terkini)




Anak ini berumur 2 tahun mengikut kakak [7 tahun] dan abang-abangnya [6 & 4 tahun] mengaji malam semalam.

Bagaimana anak 2 tahun mengaji?

Dengan bermain.

Kebiasaannya, anak yg berumur 2,3 dan 4 tahun tidak akan duduk diam untuk mengaji. Apalagi boleh duduk diam menunjuk bacaan di dalam iqra'.

Jangan marah mereka. Itu memang sifat semulajadi kanak-kanak.



Biarkan dia memegang satu jenis alat permainan. Suruhnya duduk dan ikut huruf dibunyikan.

Penggunaan kad imbas sangat membantu.

Apabila dia mampu mengikut anda habis membaca dari Alif hingga Ya - Dia belajar!

Jika anak belum mampu duduk ikut anda membaca hingga habis huruf Ya, jangan putus asa. Tahan marah. Bersabar.

Walaupun hanya 2 minit - Berikan pujian dan tutup mata pada kesalahan [Asas teknik]
Katakan, "Bagus Maira datang ngaji hari ni. (Pujian atas usaha). Esok kita belajar lagi ok! Nanti Maira cepat pandai mengaji..(Impak)"

Dan dia akan terus berlari ke sana ke sini sambung bermain...


Nota : Ibubapa boleh mula memperkenalkan huruf hijaiyyah kepada anak-anak seawal 2 tahun apabila dia sudah mula bercakap atau seawal yang boleh. Tak perlu dihantar ke rumah mengaji. Ibubapa mampu mengajarkannya sendiri di rumah sambil bermain-main dengan anak.



Tiada ulasan: