CERITA 3 : Cemburu



Semalam saya sudah menukar ke sistem pemarkahan bernombor ini. Anak-anak ini sangat teruja. Masing-masing membandingkan nombor berapa yang mereka dapat.

Dalam 12 orang anak murid itu, hanya seorang saja yg saya berikan markah 30/30. Anak ini berumur 5 tahun. Dia bercakap pelat. Mula-mula dia datang ke sini bersama kakaknya. Tanpa saya tanya apa-apa pun si kakak beritahu mak suruh cakap adik ni pelat.

Di tadika pun selalu cikgunya cakap dia pelat, sampai kena ketawa. Saya kata, tak mengapa. Dalam hati saya teringat masa saya kecil-kecil dahulu semasa masuk darjah 1 pun saya masih pelat 'd' dan 't'. Hehe....

Saya perhatikan anak ini apabila membaca dia mengambil masa beberapa saat untuk meletakkan kedudukan lidahnya di tempat yang betul. Apabila membunyikan huruf pula dia akan melonjakkan sedikit kepalanya ke depan dengan bersungguh-sungguh untuk mengeluarkan bunyi sesuatu huruf sehingga songkoknya yang lebih besar dari kepalanya itu sering menutup matanya sendiri. Hahaha... Comel sungguh! Nak-nak apabila dia sebut huruf 'ro'.



Anak-anak yang lain mendengar dia membaca mesti semua gelakkan dan main-mainkan sebutannya. Saya selalu cakap kepadanya, supaya dia abaikan orang yang gelakkan dia. "Farish budak pandai, baca laju, teruskan membaca."

Semalam, apabila anak ini dapat 30/30 dia melompat gembira dan tunjukkan buku catatan mengajinya kepada kakaknya.

Kemudian, apabila nak balik, kakaknya bertanya: "Kenapa adik saya boleh dapat 30/30? Dia sebut tak betul, dia pelat. Sebelum ini dia tidak mahu mengaji pun sebab di rumah ustazah lama itu, ada seorang ustaz yang pegang rotan. Adik saya takut sampai tidak boleh keluar bunyi yang dia nak sebut, yang buat dia selalu kena marah. Adik saya jadi takut hendak pergi mengaji."

Saya pun menjawab, "Beritahu emak kamu, walaupun adik kamu ini pelat, tetapi dia cepat ingat, laju pula dia membaca. Pelat itu, biasalah. Nanti dia sudah naik muqaddam dia sudah tidak pelat lagi... Kan Farish, kan?" Farish menganggukkan kepala dengan bersemangat sekali, sampai terjatuh songkoknya dari kepalanya lagi. Hihihi...."



Ulasan

Catatan Popular