CERITA 5 : Anak 4 tahun mula mengaji



Baru-baru ini saya terima seorang anak kecil berumur 4 tahun. Cakapnya masih tak jelas langsung dan juga pelat. Mulanya saya fikir sepatutnya si ibu boleh ajar anak sekecil ini di rumah dengan pengulangan bacaan saja tak perlu dihantar mengaji ke tempat lain. Tapi, saya fikir semula dan saya faham kekangannya.

Saya sebenarnya tak tahu macamana mahu ajarkannya mengaji. Ajar alif ba ta, saya tak rasa ianya sesuai lagi dengan anak ini. Apabila saya sebut huruf dan bunyinya, dia boleh ikut. Tapi bila disuruh bunyikan kembali, dia senyap dan ajak berbual entah apa-apa yg dicakapkannya.

Kali ini saya tukar strategi. Saya tak suruh bunyikan lagi. Saya tanya, "Yang ini Aa ke Ba?" Dia jawab "Ba". Tak semena-mena saya teringat semasa Fathi berumur 2 tahun. Apabila ditanya dia akan jawab ikut perkataan akhir yg saya sebut saja. Saya cuba lagi.. "Yang ini Ba ke Aa?"



Ternyata, memang betul! Dia sebut ikut perkataan akhir yg didengarinya. Kali ini menjadi! Betul semua sebutan dan jawapan yg diberi! Itu yg makin 'berbulu' kakaknya apabila adiknya yg baru pertama kali mengaji telah mendapat markah 30!haha....

Oh, baru saya dapat 'cara tersendiri' mengajar mengaji bagi anak berumur 4 tahun ini tanpa alat bantuan mengajar. Syukurnya saya atas ilham ini..

Bagi anak-anak saya pula 2 & 3 tahun dari awal saya memang membaca surah lazim saja [alfatihah & 3 Qul] untuk membiasakannya dgn sebutan dan panjang pendek yg betul. Biasanya, mereka dengan sukarela akan ambil sendiri al-Quran dan minta mengaji dengan saya. Saya sebut patah demi patah dgn makhraj yg betul. Dan mengulanginya setiap kali mengaji. Mereka ikut dengan gaya saya sekali walaupun pelat hehe..

Tadi, adik saya terkejut apabila dia membaca surah an-nas, Fatihah [2 tahun] ikut dan dapat sambungkan ayat di hujungnya sendiri sebelum dia menyebutnya. Bagi Fathi pula dia sudah mampu sambung ayat [seperti isi tempat kosong] tiap kali mengaji atau ketika dia mendengar abahnya mengimami solat.

Saya lebih senang dengan cara begini. Rupa-rupanya anak kecil seawal 2 tahun sudah mampu mengingat dan menyebut ayat yg selalu kita ulang-ulang dalam bacaan walaupun anak itu belum tahu berbahasa Melayu apalagi menyebut bahasa asing. Apabila dia rasa mahu mengaji dan seronok mengaji saja barulah saya ajarkan. Biar ia 'menjadi' secara semulajadi bukan atas paksaan atau suruhan.

Ulasan

Catatan Popular