Pengenalan Diri


Sewaktu kecil lagi saya gemar menghabiskan masa mengaji al-Quran apabila ada kelapangan. Saya agak berlainan daripada rakan sebaya yg lain ketika itu yg lebih gemar bermain di luar. Saya ini lebih suka terperap di rumah samada mengaji atau membaca buku.


Semasa saya darjah 2, saya sudah khatam al-Quran buat pertama kalinya. Ayah saya seorang ustaz yg juga seorang cikgu sebelum menjadi pensyarah di UTM Skudai. Semasa kecil, saya sangat suka mengikutnya ke masjid (walaupun kadangkala ibu saya tiada pun saya boleh menyesuaikan diri ke masjid di bahagian jemaah wanita seorang diri) begitu juga mengikutinya mengajar Tajwid Rasm Uthmaniy dan Kursus Bahasa Arab kendaliannya sewaktu saya kecil dahulu. Semasa semua yg sebaya saya lebih suka mengikut kawan-kawan, saya lebih suka mengikut ibu dan ayah ke majlis orang dewasa.

Ibu saya menjadi guru pertama saya mengenal huruf-huruf al-Quran. Ibu saya seorang surirumah sepenuh masa yg punya semangat usahawan yg sentiasa membara. Beliau juga mengajar ngaji kepada anak-anak jiran sejak kami adik-beradik kecil lagi.

Kebiasaannya, sayalah yg jadi 'guru ganti' dlm kelas mengaji jika beliau tak sempat mengajar semua anak mengajinya. Apabila disuruh, saya agak malu untuk mengajar orang mengaji apalagi kebanyakannya lebih kurang sebaya saya sahaja. 


Cara saya semasa itu lebih kepada tradisional. Saya akan mengetuk-ngetuk meja dan marah-marah jika ada salah bacaan. Biasanya, saya hanya akan mengajar 2-3 orang sahaja kemudian, saya tidak mahu mengajar lagi dan berlari masuk bilik!

Dua tahun yg dulu, sewaktu saya dan suami bermastautin di Kuala Lumpur saya juga pernah cuba untuk mengajar ngaji anak-anak jiran terdekat. Namun, ketika itu saya mengandung anak pertama. Saya bukanlah jenis pemarah. Cuma, ketika itu saya menjadi sangat pemarah dan lebih sensitif serta 'tersangat pantang' apabila mendengar orang tersalah mengaji apalagi tajwidnya pun lintang pukang.

Ya, saya gagal kawal perasaan dan selalu marah anak jiran yg datang mengaji. Hinggalah suami menegur saya yg suka marah-marah dan menyuruh saya berhenti mengajar ngaji kerana khuatir dengan kemarahan saya yg semakin menjadi-jadi akan menjejaskan kandungan dan juga diri.

Semuanya bertitik tolak daripada saya melihat kempen membasmi kelas corot yg Puan Ainon Mohd war-warkan di Facebook. Saya mengikuti setiap tip-tip yg Puan Ainon kongsikan. Saya sangat menyokong usaha untuk membasmi kelas corot! 500%!

Kebetulan, ketika itu saya juga baru bercadang mahu membuka kelas mengaji tanpa bayaran sebelum saya meneruskan misi saya yg seterusnya kelak.

Mempraktikkan teknik nabi ini pada kali ini memang banyak membantu saya menyingkirkan tabiat lama yg sangat 'pantang' mendengar bacaan al-Quran yg salah. Juga banyak menolong saya untuk mengawal emosi dalam berhadapan anak-anak yg ramai. Apalagi, sedang mengandung anak ketiga ini. 

Pengurusan emosi menjadi faktor yg sangat mencabar.

Saya juga turut mengaplikasikan dahulu teknik ini ke atas anak-anak saya, Fathi [3 tahun] dan Fatihah [2 tahun]. Ternyata ia sedikit sebanyak membantu saya mengawal anak-anak ke arah yg lebih positif dan lebih mendorong mereka untuk berkelakuan baik seadanya. Saya turut kongsikan di blog peribadi saya : khadijahgani.blogspot.com

Buat pertama kali, hasil yg saya dapat lihat iaitu banyak perubahan ketara ke atas anak-anak mengaji saya yg akan saya ceritakan di sini.


Ulasan

Catatan Popular