PERSOALAN


Tip-tip Puan Ainon ini sangat berkesan pada anak-anak yang agak 'terkebelakang' (corot). Tiada masalah menggunakan Teknik Nabi kepada mereka.

Tapi saya dapati, anak-anak yang pada mulanya laju bacaannya (cemerlang pada awalnya) apabila selalu diberikan pujian dan tidak tegur kesilapannya (kerana tiada salah), kini dia menjadi sebaliknya pula. Kalau dulu dia membaca sekali 2 muka surat dan sangat laju, kini setengah muka surat pun berjanggut! Hehe.... Dia seperti tidak ingat apa-apa langsung.

Saya selalu bertanyakan kepada dia, "Ada masalahkah?"

Anak ini pernah bercerita yang dia selalu dimarahi ibunya hanya kerana adiknya yang 5 tahun sepahkan nasi ketika makan. Dan dia yg kena sapu bersihkan.

Saya tidak tahu nak tolong macam mana mahu memotivasi anak pintar ini pula. hehe.. Err, Puan Ainon, adakah tip-tip lain untuk membantu pelajar pintar supaya meneruskan kecemerlangannya?

Saya kira ia harus berlainan dengan mendorong pelajar corot.




JAWAPAN :

Puan Khadijah yang baik lagi bijaksana. Gunakan sistem pemarkahan Gaya Nabi.

1. Tidak ada markah kosong.
2. Apabila salah, tidak ditolak sebarang markah. Terangkan sahaja jawapan yang betul. (Puan sudah pandai lakukan ini kepada pelajar corot.)
3. Markah nabi cuma 3 sahaja: 10, 20, 30. Gunakan sistem ini, bukan 0 -100 yang lazimnya sekolah gunakan.



Rujukan Hadith : http://www.psikologihadith.com/2012/03/teknik-motivasi-nabi-muhammad.html



Ulasan

Catatan Popular