Kad Imbas Khadijah



Ramai orang yg bertanya kepada saya bagaimana boleh mengajar anak huruf-huruf tertentu yang lebih kurang bentuknya seperti Fa Qaf, Jim Ha Kha atau sebagainya?

Dan bagaimana mahu mengajar anak supaya mudah mengingat huruf-huruf yang banyak itu?

Sebenarnya, ketika mengajar mengaji anak-anak kecil bawah umur 5 tahun saya banyak menyamakan huruf dengan bentuk atau imej tertentu malah dengan bunyi tertentu supaya mereka lebih mudah mengingat berdasarkan bunyi atau bentuk.





Apabila mereka melihat/membaca tulisan (huruf) otak kiri akan bekerja. Dan hafalan/pengulangan/urutan juga berlaku dalam otak kiri.

Apabila aktiviti otak kiri sahaja yang berlaku, di sinilah puncanya anak kecil mudah cepat merasa bosan atau mengantuk atau malas berfikir.

Apabila saya menyuruh mereka membayangkan itik atau menyuruh membuat bunyi orang ketawa, otak kanan mereka mula bekerja. Berimaginasi, membayangkan imej, membunyikan sesuatu, kreatif, konseptual.

Di sinilah letaknya keseimbangan fikiran antara otak kiri dan otak kanan anak-anak. Seterusnya, ia membuatkan anak-anak lebih teruja dan tidak mengantuk ketika mengaji. Malah lebih bersemangat mahu mengaji lagi!

Salah satu kesan tanpa sedar yang saya dapati selepas mengajar mengaji kepada ramai anak-anak kecil generasi ini ada saya kongsikan di FB :


Salah satu kesan daripada sistem Iqra' (sedia ada) yg kebanyakannya digunapakai oleh anak-anak sekarang untuk belajar mengaji adalah mereka tidak dapat membezakan huruf dengan huruf yg berbaris.

Di dalam al-Quran, bukan semua huruf berbaris. Ada huruf yg perlu dibaca tanpa baris.

Semasa seorang anak mengaji yg mahu khatam al-Quran membaca permulaan surah Maryam dengan bunyi "Ka Ha Ya 'Aa So" saya terkejut!

Sistem mengaji Iqra' memberikan kesan kepada anak-anak terus ke Gear 5. Apabila saya ajarkan mereka untuk mengeja satu persatu (Gear 1-2) mereka tersekat dan cepat bosan pula.

Melihatkan kepada Flash-card yg ada di pasaran juga kini kesemuanya adalah huruf yg sudah siap berbaris. Tiada yg huruf tunggal. Hinggakan anak saya sendiri keliru samada mahu membunyikan Dhot atau Dho pada huruf yg berbaris (saya ajarnya mengeja dan membunyikan).

Atas permasalahan ini saya membuat keputusan untuk membuat Flash-Card saya sendiri. Flash-Card Khadijah.

Namun, ianya di reject syarikat penerbitan atas masalah kos. Ini kerana cuma ada 3 keping kertas yg berlainan saja yg saya mahu gunakan bagi tujuan membezakan huruf dengan baris asas. Saya tidak mahu mencampurkan keduanya terlebih dahulu.

Sedih.

Tak mengapalah. Ini adalah proses.

Saya bercadang mahu menerbitkan sendiri Flash-Card ini secepat mungkin kerana ramai yg sudah kenal siapa saya terus memberi sokongan dan kepercayaan kepada saya (walaupun tak pernah berjumpa). Terima kasih.

Fikiran saya :

1. Membuat E-Flash-Card sebagai permulaan (inisiatif Tuan Suami membuat aplikasi android)

2. Membuat rakaman di Youtube bagaimana untuk menggunapakai Flash-Card ini.

3. Membuka Pre-Order dengan sedikit bayaran sebagai dana yg akan saya gunakan untuk terbit dan print sendiri di kedai yg berdekatan.

Adakah tuan/puan yg berminat dengan Flash-Card Khadijah bersetuju dengan cadangan saya ini atau tuan/puan ada cadangan lain? Mohon buah fikiran.
1Like ·  · Promote · 
  • Lina Hafizarina Saya ajar anak mngaji mggunakan kaedah saya sndiri.iaitu mngeje dr alif diatas a ba diatas ba..bgtulh strusnya smpaikan alfatihah pun saya eje satu persatu..kaedah ini lmbt tp anak saya pndai mngeje..bukn sebut a ba ta sa ja...
  • Siti Khairiyyah salam. saya bersetuju & menyokong 100% dengan cadangan puan.
  • Lyna Maharon Puan, saya berminat. Kalau ada aplikasi utk iPad pun bagus kerana anak saya dan ramai anak kawan2 pun ada iPad.
  • Asyraf Baharuddin saya setuju.
  • Ain Mokhtar U know,i will always support u..siap bgtau..ain nk jd org prtama yg mmbeli..hehe
  • Nor'azizah Mohamad Betul dijah..student cik jah pn ramai yg x knal huruf ,puas di ajar trutama huruf aliff, n jim di sebut a n ja
  • Khadijah Gani Puan Lina Hafizarina, itulah yg saya maksudkan. Saya dapati kesan ke atas sistem Iqra' sekarang ialah anak2 terus ke Gear 5. Jadi, bila suruh ke Gear 2-3 pun mereka terkial-kial. Berbeza dengan kita dulu harus lalui Gear 2-3 sebelum ke Gear 5 (laju membaca sebab sudah mahir mengeja). Bukan hanya membunyikan saja. Inilah yg saya cuba buat utk mengembalikan cara lama dalam bentuk masakini.
  • Haniza Aris betul.adik aniz dl pun mcm tu.bl dia sangkut suruh eja tak reti.
  • Khadijah Gani Cik Jah Nor'azizah Mohamad, kannn.. Situasi yg sama. Rata2 memang kebanyakan mereka begitu. Sebab tu lama saya fikir mcmana caranya nak memahamkan mereka perbezaan antara keduanya. Mahu tak mahu, kena 'back to basic'..
  • Ct Khadijah Sebenanya bg saya cara iqra dgn sebut trus baris tidak praktikal, kena knalkan yg basic dahulu, iaitu huruf, biar lamabt , membaca,tp t ahu asas huruf, 
  • Lina Hafizarina Saya sokong puan Khadijah Gani..cpt tamat pun tak guna klu tak mahir membaca..bngga ngn anak 6@7tahun katan quran..tp mahir ke membaca..saya rasa sedih bila ke majlis katam quran yg baca trdngkut sngkut..
  • Zainab Romani saya sokong!!!
  • Khadijah Gani Puan Ct Khadijah, itulah yg saya percaya juga. 

    Utk menarik perhatian anak2 kecil suka mengaji (yg bukan anak sendiri) saya lebih banyak bereksperimentasi. Lain anak, lain cara belajarnya. Akhirnya, saya dapati melalui flash-card saja kebanyakan anak2
     mudah tertarik dan duduk diam (khasnya umur 6 tahun ke bawah). Namun, saya dapati ia tidak praktikal disebabkan huruf2nya semuanya sudah ditandai dengan baris atas. Puas saya menutup baris itu dengan tangan tapi anak2 sudah nampak imej itu dahulu dan dia tahu lalu tetap membunyikan huruf berbaris atas walaupun yg kita ajar ini bunyi huruf tunggal. Kebanyakan flash-card memang begitu (sudah ada baris). 

    Lagi satu perkara, penggunaan flash-card tidak menjadi ke atas anak yg punya masalah pembelajaran. Saya tertarik kepada isu Autisme dan ADHD. Mereka susah mahu fokus KECUALI ada gambar (harus dibezakan antara Autisme/ADHD dengan aktif kanak2 normal yg biasa). Semua flash-card di pasaran hanya ada tulisan huruf (otak kiri). Tiada yg bergambar (otak kanan).

    Mengambil iktibar atas pengalaman ini, saya berijtihad mahu mengeluarkan sendiri flash-card versi saya iaitu hanya huruf tunggal saja diperkenalkan beserta gambar tertentu samada cara membunyikan huruf itu atau kesamaan bentuk huruf dengan alam sekeliling. Yg ni memang berkesan. Contohnya, apabila anak mengaji saya yg berumur 4 tahun terlupa satu huruf dan saya hanya cakap, orang ketawa? Dia terus boleh sebut huruf itu ialah Ha.

    Inilah cara paling praktikal anak2 kecil belajar dan ingat huruf tunggal. Sama bentuk, cara bunyi, imej. Bukan melalui hafalan atau turutan.

    Dan pengenalan ke atas baris harus dibuat secara serentak iaitu atas, bawah dan depan. Bukan dengan memperkenalkan huruf dengan baris atas saja. Sekaligus ini memberi isyarat salah kepada anak2 sepertinya hanya baris atas saja yg ada dalam dunia ni. Kesan ini juga saya nampak ke atas anak2 yg sudah mengaji al-Quran atau naik muqaddam masih lagi membaca dengan baris atas walaupun terang2 dia nampak itu berbaris bawah atau depan. Hmm, yg ni memang buat kepala saya geleng banyak kali..

    Manakala, cara anak2 Autisme dan ADHD lebih kepada imej. Ada imej, bercerita mengenainya, nanti dia akan duduk diam. Tulisan hanya membuatkan anak2 ini bosan dan lebih tertarik kepada permainan dalam minda mereka sendiri.

    Flash-card Khadijah ini saya gabungkan tulisan huruf tunggal (otak kiri) dengan gambar/imej dan konseptual (otak kanan) manakala, 3 baris yg asas itu datang dalam bentuk yg berlainan supaya mereka dapat membezakan huruf dan baris. 3 kertas baris inilah yg menambah sedikit kos yg saya rasa membebankan pihak penerbitan. 

    Saya fikir, jika kosnya tidak boleh dikategorikan dalam bentuk flash-card, mungkin boleh dikategorikan sebagai flash-book seperti buku kecil yg menjadi kesayangan anak saya. Saya mengharapkan perbincangan lanjut dari mana2 syarikat penerbitan.
  • Norazlina Masnan Khadijah Gani, kak da, lina pun nak beli flash kad tu. nanti inform lina tau



Bertitik tolak di sini, saya menguatkan azam untuk berkongsi cara dan apakah imej atau bunyian yang selalu menjadi senda tawa saya bersama anak-anak mengaji setiap masa. Anak-anak kecil menjadi seronok untuk mengaji dan terus belajar. Hingga ada yang sanggup memilih untuk datang mengaji berbanding bermain PSnya di rumah.

Anak kecil ketika mengaji selalu dan sentiasa terlupa huruf. Apabila saya menyebut kata kuncinya sahaja, dengan laju mereka dapat menyebutnya dengan betul pula.

Proposal untuk Kad Imbas Khadijah sudah siap. Sekarang, saya sedang menunggu keputusan daripada pihak editor sahaja.

Sebelum ini, saya sudah menghantarnya sekali namun ditolak atas faktor kos.

Pada awalnya, ada 3 keping kertas lutsinar yg saya mahu gunakan bagi fungsi memperkenalkan baris asas iaitu baris atas, bawah dan hadapan. Di sinilah yg memakan kos agak tinggi.

Lalu saya cuba menghantarnya ke kedai percetakan yang boleh melakukannya. Namun, kosnya saja mencecah RM 86.50 sekotak bagi 100 unit cetakan. Ianya tidak berbaloi.

Sebenarnya ada 2 orang kenalan FB saya yang sudi menawarkan bantuan dari segi kewangan ke atas Kad Imbas ini. Jadi, faktor kewangan sudah tidak menjadi masalah lagi. Saya bersyukur hadirnya insan-insan berhati mulia seperti mereka yang mampu menaruh kepercayaan kepada saya walaupun tidak pernah bersua. Pelik tapi Alhamdulillah.

Namun, saya tidak mahu menggunakan duit orang lain sewenang-wenangnya bagi memenuhi impian saya ini walaupun ianya baik.

Jika ianya 1000 unit cetakan sekalipun, saya rasa kosnya masih agak tinggi bagi sebahagian ibubapa yang berpendapatan rendah selain terpaksa menanggung kos jualan dan marketing yang berlainan kelak.

Maka, saya harus berfikir kembali dan mengubah semula menjadi draf yg kedua. Konsepnya masih sama. Tiada lagi kad lutsinar yang memakan kos. Kali ini lebih ringkas dan menarik.

Lebih ceria kerana ada banyak gambar dan warna! Imej yang ceria pada setiap depan dan belakang kad.

Namun, saya masih menunggu lagi jawapan daripada pihak editor yang masih lagi senyap hampir 2 minggu ini. Walhal, sudah semakin ramai yang bertanya mengenainya.

Saya tak pasti samada perlu menggunakan 'orang dalam' atau tidak bagi tujuan ini. Saya sendiri tidak gemar menggunakan khidmat orang dalam walaupun saya mengenali seseorang. Namun, saya gembira jika ada 'orang dalam' mana-mana syarikat penerbitan yang sudi membantu saya dalam proses ini.

Saya hanya mengharapkan kad imbas ini dapat digunapakai oleh seluruh umat Islam di seluruh pelosok dunia yang mahu mengajar langkah pertama mengenal huruf-huruf al-Quran kepada anak-anak sendiri hanya dari rumah.

Tidak perlu dihantar kepada orang lain untuk belajar mengaji seawal usia 2 tahun terlebih dahulu. Ataupun tidak perlu menunggu hingga anak-anak masuk tadika/sekolah agama untuk belajar mengaji. Ini kerana banyaknya pahala dan saham akhirat yang boleh dikutip oleh ibu ayah apabila mengajarkan anaknya sendiri walaupun hanya mengenal huruf.

Saya memahami beberapa kekangan yang menyebabkan ibu ayah tidak dapat mengajar anak-anak mereka sendiri.

Dengan itu, terimalah Kad Imbas Khadijah ini sebagai alat bantu mengajar biarpun ibu ayah kurang arif atau sudah terlupa huruf-huruf yang ada dalam al-Quran. Ia bukan lagi satu kekangan. Bukan lagi satu alasan. Ilmu akan tetap berterusan dan mengalir walau sebesar zarah..


Ulasan

Catatan Popular