Mendorong anak (sendiri) suka mengaji dari rumah.



Saya mendapat soalan lagi mengenai bagaimana mahu mengajar mengaji anak kecil dari rumah.

Untuk pengetahuan semua, saya memang berniat sejak awal lagi untuk mengajarkan anak-anak saya huruf-huruf al-Quran sebagai huruf pertama yg mereka harus pelajari dalam hidup mereka.

Alhamdulillah, mereka kenal Alif Ba Ta dulu sebelum ABC dan 123. Mereka sudah mampu kenal huruf Hijaiyyah pada usia masing-masing 3 dan 4 tahun. Dalam masa yg sama, mereka berdua sudah dapat menghafal surah al-Fatihah dan 3 Qul.

Anak-anak kecil memang mampu menghafal apa saja yg diajarkan kepadanya. Saya setuju.

Namun, mengambilkira hafazan al-Quran harus bersifat memori kekal sepanjang hayat, saya tidak mahu tergesa-gesa memaksa anak-anak yg kecil ini untuk menghafaz al-Quran walhal, mereka baru mengenal huruf Hijaiyyah. 

Saya lebih selesa memberikan mereka asas untuk berpegang, semangat dan mendorong mereka untuk menghafaz yg ringkas dan mudah dahulu supaya mereka tidak merasa terbeban. Al-Quran bukanlah satu bebanan malah, ianya Syifa' dan Penawar yg mampu menerangi setiap insan yg membacanya. 

Rileks saja dan bersantailah. Anak-anak punyai banyak masa ke hadapan seiring usianya meningkat untuk menghafaz Al-Quran. Kita tidak mahu mereka melupakan apa yg sudah dihafaznya sejak kecil apabila mereka sudah besar. 

Yg paling penting bagaimana kita mahu mengekalkan minatnya terhadap al-Quran dan mahu terus mempelajarinya (tetap terus mengaji tanpa kita) serta memastikan kecintaannya terhadap al-Quran adalah bukan disebabkan kita (ibubapanya).

Biar sedikit-sedikit namun berterusan. Itu lebih kekal.

Saya ingin kongsikan catatan perjalanan saya sebelum ini bersama anak-anak saya, Fathi dan Fatihah.


Dan seterusnya apabila Fathi sudah mulai kenal kesemua huruf Hijaiyyah.


Moga bermanfaat.


Ulasan

Catatan Popular