Si baju merah..



Dan pemenang pakaian ter'hensem' minggu ini jatuh kepada .......

Orangnya berumur 11 tahun. Sangat rajin dan dedikasi mengaji al-Quran setiap malam. Bersama-sama kakak-kakaknya serta rakan-rakannya yg lain.

2 hari lepas hujan malam agak lebat. Dia dan kakaknya tetap datang untuk mengaji. Ketika itu Fahmi sedang menangis pula mahu tidur. Lagipun jam sudah pukul 8.30. Saya meminta maaf kepadanya dan menyuruhnya pulang tidak mengaji. Dia dan kakaknya tak bergerak! Masih di depan gate rumah.

Aduhaiiii, sayu hati saya.. Saya menyuruhnya pulang segera kerana takut dia dan kakaknya demam terkena hujan yg masih turun dengan deras. Mereka masih mundar mandir di depan rumah lagi.

Saya minta maaf sekali lagi dan memujuknya esok boleh mengaji. Cik Jah janji insha Allah.. Barulah mereka berlari pulang sambil tangan di kepala menahan air hujan.

Anak-anak mengaji saya ini kadangkala memanglah ada perangainya 'kalau mahu mengaji, mahu juga tak kira apa'.. Kalau mahu usrah, mahu juga tak kira apa. Itulah yg selalu buat hati saya ini serba salah dan sentiasa kalah dengan semangat mereka.

Mudah-mudahan dia dan mereka semua tetap dalam hidayah Allah dan terus suka membaca al-Quran sehingga akhir nafas mereka di dunia ini. Amiin.

Ulasan

Catatan Popular