Usrah Cik Jah : Menjadi Al-Hafiz.

Dari Usrah Cik Jah empat minggu yg lalu.

Seperti biasa selepas bacaan Yasin dan doa ringkas dibacakan, hadith 40 yg menjadi rujukan kami dibuka oleh seorang ahli baru.

Hadith 22 : Syarat masuk syurga.

Maksudnya : "Bagaimana pendapatmu jika saya melakukan solat fardhu, berpuasa bulan Ramadhan, menghalalkan yg halal, dan mengharamkan yg haram, serta tidak menambahkan selain itu sedikitpun, adakah saya masuk syurga? Nabi s.a.w. menjawab: Ya."

Semasa seorang anak mengaji membacakan hadith ini keadaan hingar bingar. Suara si pembaca tak boleh didengari langsung. Ini kerana usrah kali ini turut hadir sama seorang anak kecil berusia 3 tahun yg suka bermanja-manja dengan semua orang. Apabila saya bertanya betulkah dia mahu ikut usrah bukan mengaji pada malam ini, dia mengangguk mahu.


Apabila dia bising semua orang juga jadi bising dan berbual-bual. Bagaimana saya mahu bercakap sedangkan mereka masih lagi rancak berbual?

Saya mendiamkan diri. Sambil melihat mereka berbual sesama mereka. Saya mahu mendengar apa yg mereka bualkan. Seperti mahu kepohci tapi saya senyap saja.

Seorang anak perempuan sudah perasan tindakan saya. Lalu menjerit sekuat hatinya, "Woi senyaplah! Cik Jah marah tu korang bising.. Bagilah Cik Jah yg cakap! Aku bukan nak dengor korang cakap!"

Barulah anak-anak lelaki ini tersenyap serta merta dan memandang saya. Saya katakan, "Takpe, hari ini takde usrah. Cik Jah taknak cakap. Cik Jah nak dengar kamu semua yg cakap. Cakaplah.."

(Bunyi cengkerik). Krik krik krik...

"Cakaplah... Takpe, CIk Jah tak marah pun ni. Asyik CIk Jah je yg cakap, kali ni usrah kamu yg cakap. Cakaplah..."

Krik krik krik..

Agak lama saya biarkan mereka cakap dahulu. Ada dalam 5 minit jugalah rumah ini sunyi sepi walaupun ramai anak-anak ada di dalamnya.. Anak kecil 3 tahun itu juga dengan tak semena-mena duduk diam pula. DIa cuma sebut semula perkataan saya, "Cakap, cakap, cakaplah" sambil memberi isyarat kepala kepada kawannya yg lain.

Tapi, semua orang senyap. Tak berbunyi langsung.

Saya teruskan menyuap Fahmi makan. Mereka terus senyap tanpa sedikit bunyi pun.

Setelah 10 minit dalam keadaan statik begitu, barulah saya memulakan penerangan hadith. Saya ambil keputusan untuk tidak memanjangkan kesalahan mereka dengan bebelan. Mereka senyap dengan sendiri sudah cukup baik. Itu bermakna mereka berfikir dan sudah cukup 'terhukum' dengan diam selama 10 minit yg lepas.

Saya mula bercakap.

Hadith ni mengenai orang yg mahu masuk syurga. Beliau bertanya kepada Rasulullah. Beliau dah sembahyang ikut waktu, berpuasa penuh bulan Ramadhan, ikut apa yg Allah suruh, tak buat apa yg Allah larang, tak satupun dia lebih-lebihkan dan tak satupun yg dia kurang-kurangkan. Boleh tak masuk syurga? Rasulullah menjawab ya. Dia masuk syurga. Senang tak masuk syurga?

Anak mengaji : Senang...

Apa yg ada dalam syurga?

Anak mengaji : (Seorang semi seorang angkat tangan menjawab - ada yg saya tak berapa mendengar).

- Bidadari
- Bidadara
- Buah-buahan yg sedap
- Makanan yg sedap
- Taman-taman
- Rumah cik jah ni

Terbeliak mata saya! Hah, rumah cik jah?

Anak mengaji : Kan usrah ni majlis ilmu kan cik jah? Rasulullah cakap kalau majlis ilmu macam taman syurga?

Oh.. Ok.. Betul tu. Bagus! Bila kita mengaji, baca Yasin maksudnya kita mengingati Allah dan kemudian bila kita baca hadith maksudnya kita mengingati Nabi Muhammad s.a.w. pula. Apa-apa acara yg dalamnya mengingati Allah dan rasul, itulah majlis ilmu. Dan majlis ilmu itu seperti sebuah taman dari taman-taman syurga Allah! Insha Allah rumah cik jah boleh jadi seperti taman syurga. Lagi?

- Taman permainan
- Padang bola

Terbeliak lagi mata saya! Semua orang ketawa. Kali ini tidaklah saya bertanya lanjut kerana yg memberi jawapan itu adalah seorang anak lelaki kaki bola.hehe. Saya tidak mengiyakan atau menafikan.Hanya tersenyum mendengar jawapan mereka.

- Sungai arak

Terbeliak sekali lagi! Jawapan yg tidak disangka. Semua orang pun terbeliak matanya dan bertanya, ye ke cik jah?

Iya ada. Di syurga arak itu tidak membahayakan, tidak pula memabukkan malah jauh lebih lazat. Kalau nak minum kat syurga, kenalah tahan diri dari minum semasa di dunia. Dalam syurga semua nikmat berlipat kali ganda. Apa yg best kat dunia akan jadi lebih best masa dalam syurga. Sebab itulah pada jiwa seorang Mukmin, dunia ini bagaikan penjara. Kerana apa? Kerana yg dikejarnya adalah kebebasan dan nikmat akhirat. Dunia ni cuma sekejap je. Rasa seronok, gembira, senang, bebas cuma sekejap. Di akhirat yg lebih kekal lama. Jadi, sebenarnya kita nak yg mana? Kita mahukan yg mana?

Anak mengaji : Akhirat..

Sebab tu bila ada kawan atau orang lain ajak kita merokok atau try minum sikit je.. Alaaa, sikit je pun tak mabuk pun, kita nak jawab apa?

Anak mengaji : Kat syurga arak lagi best!

Bagus! Kalau merokok pun sama. Biar orang kata kalau tak merokok tak macho, tak uptodate atau apapun, kamu nak jawab apa?

Anak mengaji : Nikmat kat dunia cuma sekejap je, aku nak nikmat kat dalam syurga.

Bagus bagus..! Cik jah suka jawapan tu.

Merokok tu tidak sihat malah merosakkan kehidupan walaupun tak mabuk. Lebih banyak membawa mudharat dan tiada satupun manfaatnya. Untuk menjadi orang Islam yg baik Allah kata umat Islam patut jadi orang yg paling banyak memberikan manfaat kepada orang lain dan bukan memberi kemudharatan. Tahan diri. Ingat tu. Orang yg berjaya mengawal dan tahan diri dari ikut nafsu adalah penghuni syurga, insha Allah!

Ok, kita berhenti setakat ni. Semua boleh balik. Jaga adik baik-baik balik rumah.

Semuanya seperti tidak mahu berganjak. Tapi saya terpaksa juga 'menyuruh' mereka beredar.

Semasa semua orang sudah pulang, ada 6 orang anak bujang saya yg merapati saya. Katanya tak mahu pulang dan mahu duduk sini lagi. Salah seorang terkoyak jari kaki dan masih berdarah. Saya bertanya kepada abangnya kenapa bawa adik yg sakit dan tak boleh berjalan ni? Katanya, tiada siapapun yg mengajak, adiknya yg mahu datang usrah cik jah.

Huhu.. Terharu saya!

Entah bagaimana perbualan kami masuk bab menghafaz al-Quran dan bagaimana boleh menjadi al-hafiz.

Mereka meluahkan rasa. "Cik Jah, budak tahfiz pun pukul budak. Buli budak! Tu yg saya takut nak masuk sekolah tahfiz"

"Sebenarnya tak kira kita sekolah apa sekalipun. Asrama ke bukan asrama ke, SMKA ke, Tahfiz ke, kolej ke itu semua hanyalah tempat untuk kita belajar. Sekolah. Tapi budak-budaknya kat mana-manapun tetap sama. Ada yg membuli ada yg kena buli. Ada yg baik akhlak, ada yg suka cari pasal. Sebab tu kita tak boleh nak bangga sangat dan merendahkan orang lain. Kita ingat masuk asrama je budak pandai, boleh jadi hafiz. Abis, yg tak masuk asrama? Nakal? Gelap masa depan? Tak boleh jadi al-hafiz? Cik jah nak kamu semua sahut cabaran cik jah. Buktikan pada masyarakat keliling yg budak sekolah biasa pun masih tinggi akhlak dan pekerti, cemerlang prestasi dan yg penting boleh hafal al-Quran! Boleh?"

"Boleh cik jah! Insha Allah! Saya nak buktikan pada masyarakat!"

Setelah kami berbincang tentang masa depan bersama 'Sekolah Cik Jah' yg bakal melahirkan al-hafiz, saya nampak mereka memberikan semangat sesama sendiri.

Katanya semasa mahu pulang, "Kita jadi al-hafiz, kawan!"

Sungguh saya terharu dengan anak-anak bujang yg berusia 13-16 tahun ini. Saya akan terus berdoa dan mohon doa dari semua yg membaca ini agar bakal al-hafiz luar biasa bakal dilahirkan dari Sekolah Cik Jah yg biasa-biasa ini.

Bi iznillah...

Ulasan

Aiyna Zulfa berkata…
sangat-sangat-sangat suka

Catatan Popular