Usrah Cik Jah kembali lagi...




Usrah malam kelmarin amat bermakna. Ada anak mengaji (4 beradik) terpaksa berpindah agak jauh. Namun mahu datang juga. Ingatkan sudah kurang anak mengaji dan anak usrah. Tup tup terkejut melihat mereka beramai ramai naik basikal mengambil sahabatnya yg jauh itu untuk datang usrah.

Terharu hingga rasa sebak..

"Cikjah rasa sungguh bangga dengan semua orang yg datang usrah malam ni. Walaupun jauh tetap nak datang sini gilir gilir naik basikal dan saling menjaga antara satu sama lain. Bagus..! Bila kita suka datang ke majlis ilmu sebenarnya ada berjuta juta malaikat yg ikut kat belakang kita yg menjaga keselamatan kita. Malaikat berpusu pusu mendoakan kesejahteraan orang yg menuntut ilmu. Cikjah sangat kagum dengan semangat semua... cikjah rasa macam nak nangis.." Huhu..



Lalu, kami meneruskan usrah tafsir surah an Naba ayat 20 hingga 30.

Sebenarnya agak banyak isu yg kami bincangkan dan manfaatkan dari surah ini.

Secara ringkas dan kesimpulannya ialah:

1. Hidup kita di dunia ini hanyalah boleh jadi salah satu dari dua golongan sahaja. Baik atau jahat. Kita mahu jadi golongan yg mana? Dan kita mahu bawa apa untuk masuk kubur nanti?

2. Kita semua diciptakan atas dunia untuk di akhirnya menuju salah satu dari dua tempat ini sahaja. Syurga atau neraka. Kita mahu pergi ke mana?

3. Dan ketahuilah, sesuatu yg bersifat fizikal di dunia ni sebenarnya hanyalah fatamorgana. Apabila kita mencapainya, sebenarnya tiada apa apa yg ada di situ.

Dan anak mengaji tingkatan dua menambah, "Tapi sesuatu yg kita tak nampak sebenarnya ia ada, wujud. Cuma nak capainya dan nak rasa bila kita kat akhirat nanti."

Thumbs up!

#usrahcikjah
#pabilacikjahberfalsafah

Ulasan

Catatan Popular