Anak kecil suka menonton kartun



Soalan yg diterima sama seperti kebanyakan ibubapa lain yg turut menghadapi situasi begini.

assalamualaikum,
terima kasih atas panduan yg diterbitkan...boleh saya tahu jika ada link berkaitan utk introduce anak sy dgn bahan sebegini..saya adalah ibu yg bekerja, setiap hari (8-6pm) anak2 sy akan dihantar ke rumah pengasuh, di rumah pengasuh, mereka banyak disajikan dgn rancangan2 berbentuk hiburan, kartun menyebabkan anak saya lebih gemar menonton kartun dari belajar melalui flash card (saya ada pelbagai jenis flash card, abc, 123 etc) kadang2 melalui tab, sy akan bukak video alif, ba ta...but still she demanded for her favourite cartoon shows...saya cuma mohon agar puan berkongsi cara bagaimana saya nak berhadapan dgn situasi yg sebegini..

terima kasih atas kesempatan puan membaca emel saya..moga Allah memberi rahmat kepada puan sekeluarga.

wassalam

Jawapan :

Saya berpandangan anak kecil tidak wajar didedahkan terlalu lama kepada rancangan hiburan/kartun samada di tadika atau di rumah. Anak-anak kecil memang suka menonton kartun dan bermain gajet. Itu sudah menjadi kebiasaan. Namun, ia harus DIKAWAL.

Penggunaan tab/gajet terlalu lama ke atas anak kecil akan memberikan kesan yg kurang baik ke atas perkembangan minda dan sosio-emosinya. Apabila anak kecil lebih mahir menekan dan mengendalikan tab/ipad/gajet daripada memegang sebatang pensel, bermakna ibubapa harus bertindak dengan melakukan 'pembetulan' dengan kadar segera.



Seperti yg pernah saya kongsikan sebelum ini (cara semasa mendorong anak mengaji).

Tips mengajar anak cilik suka belajar mengaji :

1. Jangan betulkan pelatnya. Atau ketawakan sebutannya. Abaikan saja bunyi pelat itu.

2. Jangan tegur atau jangan katakan "Ini salah." "Ini tak betul". Sebutkan saja bunyi yg betul apabila mendengarnya menyebut huruf yg salah. Tunjukkan saja cara menyebut yg betul. Contohnya, huruf Tha. Saya selalu tunjukkan begini - "Gigit lidah sikit kat depan dan bunyikan tha". Dia ikut dan belajar.

3. Biarkan saja tulisannya yg senget, tak betul dan carca marba itu. Puji usahanya yg gigih menulis dan mahu menyebut sambil menulis.

4. Doakan mereka [selepas solat] dengan suara yg boleh didengari mereka. Contohnya - "Ya Allah ya Tuhanku, jadikan Fathi dan Fahmi anak yg soleh. Jadikan Fatihah anak yg solehah. Jadikan semua anak-anak mak orang yg rajin menunaikan solat dan rajin mengaji. Amin."

5. Jangan membebel atau menyuruh-nyuruh atau mengajak anak belajar dengan suara yg tinggi atau marah-marah. Tidak perlu memaksa.

Apabila ibubapa mendorong sedikit demi sedikit [seperti cara di atas], akan timbul kemahuan untuk mengaji dengan sendirinya. Apabila mereka sudah terdorong untuk belajar mengaji tak kira masa, layankan saja bila-bila waktu mereka mahu belajar. Adakalanya hingga tidak terlayan! Sekaligus, tiada lagi isu anak akan menghabiskan kebanyakan masanya menonton kartun kesukaan.

--------------------------------------------------------

Sedikit Nota tambahan (cara SEBELUM) mendorong anak mengaji.

Jika anak sudah lama menonton kartun tidak bergerak (lebih 1 jam), berikan dia masa sebelum tutup tv dan mengajaknya mengaji/membaca.

Contohnya saya selalu katakan begini.
"Abang, jom mengaji/baca buku nak? Dah lama abang tengok tv. Kita mengaji pulaklah.. Kalau tengok tv lama-lama nanti mata sakit. Cuba abang kelip-kelipkan mata. Sakit tak sakit tak? Jadi, kita kena baca buku pulak tau supaya mata tak sakit."

Nanti anak menjawab, "Kejaplah mak. Nak tengok ni kejap je. Sikit lagi nak habis.."

Berikan dia peluang.

Style 1 : "Ok baik. Habis satu ni je terus tutup tv ok? Janji?" >> Memang tutup sendiri selepas habis rancangan. Jika dia terlupa,

Style 2 : "1..2..3..4..5.............10.. Tadi dah janji kan?" >> Terus tutup tv. Biasanya, anak akan menurut dan mencari buku sendiri dan terus mengaji/membaca.

Style 3 : Buatkan 'game' untuknya menggunapakai kad imbas ini supaya anak boleh tersenyum dan ketawa semula (saya ada kongsikan di dalam Mini E-Book Panduan Caraguna Kad Imbas Khadijah).. Atau game yg menyeronokkan yg lain (seperti gambar di atas).

*Jika masih ada yg belum mendapatkan Mini E-Book Panduan Caraguna Kad Imbas Khadijah lagi, mohon emel saya di kadimbaskhadijah@gmail.com*

Peraturan asasnya : Apabila moodnya sudah baik dan rasa seronok (sama perasaannya seperti menonton kartun, bermakna anak akan lebih mudah didorong dan suka mengaji.

Wallahu a'lam..

#diariinspirasimendoronganaksukamengaji
#diaricikjah
http://kadimbaskhadijah.com/

Ulasan

Fatanah Fadhil berkata…
Saya suka cadangan cikjah..in sha allah saya pun cuba buat pada anak2 saya...alhamdulillah menjadi
Khadijah Gani berkata…
Alhamdulillah! Tumpang seronok mendengarnya.. Anak-anak yg baik Tonah.. :)

Catatan Popular