Selamat Hari Raya Aidilfitri




Semasa dalam perjalanan ke rumah saudara mara, seperti biasa kami akan mendengar Ikim.fm.

Slot bersama seorang Ustaz (tidak pasti siapa kerana kami terlepas dan sempat mendengarnya setengah hingga ke akhir sahaja) menyatakan indeks ukuran (KPI) untuk kita mengetahui samada Ramadhan yang lepas memberi makna kepada diri kita dan berjaya melaluinya sebagai suatu tarbiyyah atau tidak adalah melalui puasa enam.

Samada kita mampu atau tidak berpuasa 6 hari di bulan Syawal begitu juga samada semua amalan dan aktiviti harian kita selepas ini (seperti solat malam dan membaca al-Quran) dapat dilakukan secara automatik atau tidak.

Bagaimana amalan yang dikatakan automatik? Bukan semi-automatik atau manual?

Samada kita rasa bersalah atau tidak jika tidak dapat membaca al-Quran dalam 1 hari.

Samada kita rasa bersalah atau tidak jika tidak dapat bangun malam untuk bersolat.

Inilah hasil tarbiyyah Ramadhan tanda puasa dan amalan kita diterima ataupun tidak.

Wallahu 'Alam.


Moga kita mendapat Lailatul Qadr yang lepas.

Moga Allah mengampunkan dosa-dosa saya dan dan kita semua.

Moga Allah membebaskan saya dan kita semua dari azab api neraka.

Moga kita semua beroleh Taufiq dan Hidayah Allah sehingga akhir nafas kita di dunia ini.




Minal 'Aa-i-diin Wal Faa-i-ziin.
Moga kita tergolong di dalam orang yang pulang (kepada hidup berTuhan) dan menjadi orang yang berjaya.

Taqabbalallahu minni wa minkum.
Moga Allah menerima amalan saya dan kalian semua.


Maafkan salah silap saya dan kami sekeluarga jika ada terlanjur bicara melalui tinta.
Maafkan juga kealpaan dan kejahilan saya jika ada tersilap memberikan jawapan dan pandangan.
Moga kita semua berukhuwwah di dalam keredhaan Allah dan dipertemukan kembali di dalam syurga Allah Yang Maha Tinggi. 

Bi iznillah.


Didoakan semua pembaca beroleh kegembiraan dan ketenangan yang berpanjangan bersama keluarga yang tersayang. 

Fi amanillah.




* Kasihan Emak dan Abah saya yang diserang sakit mata pada awal Syawal ini. 
Doakan kesembuhan mata Mak dan Abah. *



Aidilfitri 2014. 
Segala Pujian hanya bagi Allah!






Ulasan

Nur Sakinah Ahmad berkata…
salam aidilfitri..saya memang sedang mencari tools utk ajar anak saya mengaji dan syukur alhamdulillah dapat jumpa blog ni.

kalau tak silap saya, puan ni sangat familiar dengan saya. kita pernah satu usrah di matriks uia di bawah naqibah kak mursyid (kalau tak silap saya).

Catatan Popular