Manakah yang lebih baik?


Beberapa minggu yg lepas, Tuan Suami berkongsi pengisian kuliah subuh daripada Imam Mesir (yg pandai bercakap Kelantan) yg dijemput khas oleh Masjid yg berdekatan.

Lebih kurang begini isi kuliahnya.

Ada orang yg tiap tahun boleh khatam al-Quran tiap kali bulan puasa.
Ada orang yg boleh khatam sekali hujung tahun.
Ada orang yg tak dapat khatam al-Quran dalam bulan puasa tapi dia khatam dengan tadabbur. Dia baca satu persatu ayat dengan maknanya.

Macam-macam. Mana-mana pun boleh. Tapi, sebaik-baiknya kita baca al-Quran kena faham maknanya. Kalau boleh Tadabbur sekali. Biar melekat dalam hati.

Saidina Umar khatam al-Quran pun lambat. Saidina Umar kalau membaca al-Quran dia pastikan sampai SATU ayat tu diamalkan dalam kehidupannya, amalannya. Selagi belum meresap ke jiwa dan tidak diamalkan, dia akan cuba lagi hayati SATU ayat yg dibacanya itu saja dan amalkan, baru dia beralih membaca ayat yg lain. . Bagaimana dengan kita?



Di masa yg lain pula, Tuan Suami mendengar satu slot di radio Ikim. Temubual dengan seorang al-Hafiz.

Lebih kurang pengisiannya begini.

Ada 2 kesilapan pemikiran orang kita sekarang.

1. Tempat. Nak jadikan anak kita seorang al-hafiz/hafizah tak semestinya perlu hantar anak ke pusat tahfiz/sekolah tahfiz.

2. Teknik. Untuk mampu menghafaz al-Quran bukan dengan cara menghafaz sebanyak-banyaknya dalam masa yg singkat. Hafaz 1 hari cuma 1 ayat saja. Biar melekat dalam hati. Jangan gelojoh.

Mendengarkan perkongsian Tuan Suami ini saya tersenyum lebar! Sangat lebar hingga tak cukup sampai telinga! Hehe..

Saya katakan.. Inilah yg saya mahu sampaikan kepada masyarakat. Alhamdulillah sudah ada orang yg tolong sampaikan sama seperti yg saya mahu sampaikan. Cuma, saya lebih tertumpu kepada pembangunan anak-anak kecil.

Ya, untuk menjadikan anak kita seorang al-hafiz/hafizah harus bermula sejak kecil. Tidak perlu tunggu mereka besar. Tidak perlu memaksa.


Ulasan

Catatan Popular